Penyelidikan, Pembangunan & Pengkomersialan

Pemerkasaan Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Mineral Tempatan

Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) mineral berupaya mempertingkatkan penggunaan sumber mineral tempatan, tambah nilai dan penghasilan kepelbagaian produk. Hasil ini dapat mengurangkan kebergantungan ke atas mineral yang diimport. Hasil R&D juga mampu untuk memacu Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk yang berasaskan mineral. JMG memperkasakan usaha untuk menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sebagai pusat kecemerlangan R&D&C mineral negara.

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) merupakan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia. PPM menjalankan projek-projek R&D berkaitan dengan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Bagi menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mampan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari juga dijalankan. Fokus utama penyelidikan dan pembangunan (R&D) di PPM adalah untuk menambah nilai komoditi produk berasaskan sumber mineral tempatan.

Sejajar dengan evolusi pembangunan negara pada hari ini untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan bagi menjana pendapatan negara, PPM bukan sahaja berperanan menjalankan R&D malah telah mengorak langkah ke tahap inovasi dan pengkomersialan. Beberapa projek penyelidikan PPM telah didaftarkan sebagai harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Disamping itu PPM juga menyertai pelbagai pertandingan inovasi seperti MTE/ InSIDE/ VIC/ AIINEX dan lain-lain bertujuan untuk mempromosi hasilan inovasi serta menilai impak keberkesanan penyelidikan yang telah dijalankan. PPM juga menyediakan perkhidmatan MS ISO 9001:2015 yang merangkumi dua skop iaitu Ujian Batu Dimensi dan Ujian Pemprosesan Mineral (Bijih Timah/ Bijih Besi/ Bijih Emas/ Pasir Silika). Disamping itu, PPM juga menjalankan kerjasama teknikal serta perkongsian pintar dalam bidang penyelidikan mineral dengan industri/ agensi/ IPT.

MS ISO 9001:2015

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001: 2015 bagi:
Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB)

Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:

  • Ujian Penyerapan Air (Water Absorption)
  • Ujian Graviti Tentu (Specific Gravity)
  • Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength)
  • Ujian Kepecahan Modulus (Modulus of Rupture)
  • Ujian Kekuatan Lenturan (Flexural Strength)
  • Ujian Ketahanan Lelasan (Abrasive Resistance)
  • Ujian Koefisien Pengembangan Terma (Coefficient of Thermal Expansion)
  • Ujian Ketahanan Lelasan Menggunakan Taber Abraser (Abrasive Resistance using Taber Abraser)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Sampel yang dihantar untuk ujian hendaklah mengikut spesifikasi saiz dan bilangan spesimen seperti di dalam Jadual 1 - Spesifikasi sampel untuk ujian batu dimensi (sila rujuk brosur di bawah).
  2. Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada dalam bentuk Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Pengarah, Pusat Penyelidikan Mineral. (chek persendirian tidak diterima).

Muat turun Senarai Harga UBD

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input