Piagam Pelanggan

01

Maklumat Mineral dan Geosains


  • Membekalkan laporan geologi (termasuk peta), mineral dan bidang-bidang geosains lain yang telah diterbitkan dan sedia ada, dalam masa satu (1) hari selepas permohonan diterima.

  • Membekalkan laporan dan peta geologi, mineral dan bidang-bidang geosains lain yang belum diterbitkan dan sedia ada, dalam masa satu (1) minggu selepas permohonan diterima.

  • Membekalkan maklumat berdigit sedia ada dalam masa tiga (3) hari selepas permohonan diterima.
02

Perkhidmatan Makmal


Menyediakan perkhidmatan makmal apabila diminta bagi bidang berikut:


  • Analisis mineralogi dan petrologi

  • Analisis sampel bijih, mineral, aloi, batuan, kelodak, konsentrat, tanih dan air

  • Ujian mineral perindustrian

  • Ujian sedimentologi

  • Ujian geologi kejuruteraan dalam tempoh yang dipersetujui, sekiranya mandatori, atau jika rutin, dalam tempoh dua (2) minggu selepas sampel diterima
03

Perkhidmatan Kepakaran


Menyediakan perkhidmatan kepakaran apabila diminta dalam rangka masa yang ditetapkan atau dipersetujui bersama dengan pelanggan, terutamanya bagi bidang-bidang:


  • Pemetaan geologi

  • Siasatan mineral

  • Siasatan air bawah tanah

  • Siasatan geofizik

  • Geologi Marin

  • Siasatan geologi kejuruteraan

  • Siasatan geologi alam sekitar
04

Perkhidmatan Perlombongan dan Pengkuarian


  • Mengeluarkan Lesen Melombong atau Lesen Kuari dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  • Menyediakan laporan-laporan teknikal yang tepat dan lengkap berkaitan dengan kepentingan perlombongan, dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
05

Perkhidmatan Dagangan Mineral


  • Memberi ulasan ke atas permohonan untuk mengeksport mineral dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

  • Mengeluarkan Lesen Bijih Mineral dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  • Mengeluarkan dan membaharukan permit pengangkutan konsentrat timah dalam tempoh satu (1) jam.

Dasar Kualiti

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia komited untuk memastikan produk dan perkhidmatannya sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, pengurusan jabatan serta seluruh warga JMG adalah komited untuk:

  • Melaksanakan sistem kualiti berdasarkan kepada keperluan MS ISO 9002;
  • Memastikan bahawa produk dan perkhidmatan tepat pada masanya;
  • Memastikan bahawa peningkatan kualiti dilaksanakan secara berterusan;
  • Membina pasukan kerja yang kuat, responsif dan mempunyai etika kerja yang positif, dan
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input