Bencana Geologi

Pengurusan Risiko Bencana Geologi

Pembangunan pesat negara telah membawa kepada pembukaan banyak kawasan perbandaran dan penempatan baharu. Keperluan kawasan pembangunan ini semakin mendesak sehingga meliputi kawasan yang terhad dan sensitif yang mendedahkan kepada risiko bencana. Ini diburukkan lagi dengan keadaan cuaca ekstrim dengan statistik kejadian bencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur dan tanah mendap semakin meningkat yang mengakibatkan kesan kemusnahan dan kerugian yang besar.

Pengetahuan dan kepakaran dalam proses semulajadi bumi serta pemetaan terperinci bencana geologi yang disediakan oleh JMG akan memastikan perancangan pembangunan yang mampan. Selaras dengan komitmen negara terhadap pengurusan risiko bencana berdasarkan World Summit Outcome 2005 on Human Security dan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015 - 2030. JMG perlu mempertingkatkan kepakaran bagi memberi input penting geosains dalam perancangan pembangunan dan membantu pemulihan pasca kejadian bencana.

Projek-projek geologi kejuruteraan

This image for Image Layouts addon

Projek Bahaya Risiko Cerun (PBRC)

Kerja-kerja melibatkan pemetakan tanah runtuh bagi dijadikan input dalam analisis penghasilan peta bahaya dan risiko cerun.
This image for Image Layouts addon

Projek Pemantaun Cerun Kritikal

Pemetaan geologi kejuruteraan dilakukan bagi mengenal pasti cerun-cerun kritikal dan mengemukakan cadangan kepada pemegang taruh dan pihak berkuasa tempatan supaya diambil tindakan mitigasi segera.
This image for Image Layouts addon

Pemeriksaan Empangan

Pemeriksaan ini dilakukan dengan menafsir imej satelit dan pemetaan geologi kejuruteraan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan struktur empangan dan kawasan takungan.
This image for Image Layouts addon

Siasatan Bencana Geologi

Siasatan ini merangkumi runtuhan batuan, tanah runtuh, banjir lumpur, mendapan
tanah dan lubang benam dilakukan di seluruh negara bagi membantu agensi teknikal yang berkenaan mengambil tindakan mitigasi cerun runtuhan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input