Geofizik

Menyediakan data penting dan komprehensif dalam pembangunan negara.

Geofizik merupakan kajian subpermukaan bumi berdasarkan perbezaan sifat-sifat fizikal bumi.

Setiap batuan atau tanah mempunyai sifat fizikal yang berlainan. Kaedah-kaedah survei geofizik merangkumi Kaedah Seismos Keberintangan 2 Dimensi (2D), Graviti, Magnetik, Transient Electromagnetic (TEM), Very Low Frequency Electromagnetic (VLF) dan Radiometrik digunakan untuk mengesan perbezaan sifat-sifat fizikal bahan-bahan subpermukaan.

Survei geofizik digunakan dalam siasatan-siasatan geologi berikut:

Kajian sumber air tanah

  • Explorasi air tanah
  • Pencemaran air tanah

Penglogan geofizik lubang gerudi

  • Menggunakan probe keberintangan, gama, caliper, dan self potential.
  • Mengenalpasti litologi lubang gerudi dan mengesan retakan.
  • Mengesahkan reka bentuk telaga untuk perakuan pelesenan air.

Eksplorasi MIneral

  • Mengesan kewujudan mineral-mineral
  • Mengesan struktur geologi yang mempunyai hubungkait dengan pemineralan.

Kajian kejuruteraan

  • Ketebalan tanah beban dan kedalaman batuan dasar
  • Kewujudan struktur geologi seperti ketakselarasan, sesar dan kekar
  • Kejadian bencana geologi seperti cerun runtuh, lubang benam, dan tanah mendap.

Kajian persekitaran

  • Penerobosan air masin
  • Tapak pembuangan sisa pepejal

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input