Pengurusan Laman Blog

Definisi blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah suatu media online yang kandungannya dipapar mengikut turutan kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas. Kandungan blog melibatkan teks, imej, audio/video, dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain yang berkaitan.

Blog merupakan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan.

Pelaksanaan

  1. Melantik Pegawai Penyelaras Blog yang bertanggungjawab mengendalikan blog.
  2. Laporan Program dan Aktiviti Hebahan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap negeri. Perkongsian aktiviti dalaman yang telah dijalankan seperti Hari Keluarga, kursus dan latihan dalam perkhidmatan.
  3. Selang masa antara kemasukan blog tidak boleh terlalu lama. Adalah digalakkan kemasukan sekurang- kurangnya satu (1) topik untuk setiap dua (2) minggu. Manakala bagi entri laporan aktiviti semasa boleh dimuatnaik mengikut kesesuaian.
  4. Penetapan bagi tempoh respons Jabatan diminta memberi respons kepada sebarang input pengguna yang memerlukan maklumbalas.
  5. Tapisan input dari pengguna blog perlu dipantau dan ditapis sebelum dipaparkan ke blog.

Pemantauan

  1. Pemantauan perlu dibuat setiap bulan.
  2. Pemantauan dilakukan oleh Penyelaras Media Sosial.
  3. Aspek pemantauan meliputi :
    • Bilangan pelawat (pageview).
    • Entri yang paling banyak dilawati.
    • Taburan pelawat mengikut negeri.

Larangan

Sebagai blog rasmi Jabatan, adalah dilarang mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Iklan dan pautan kepada perkhidmatan komersil yang ditawarkan oleh
    pihak luar dan tidak berkaitan dengan Jabatan.
  2. Maklumat rahsia dan isu-isu sensitif seperti perkauman, politik dan agama yang boleh menyentuh sensitiviti umum.
  3. Kandungan yang menjejaskan imej Kerajaan
  4. Kandungan yang bercanggah dengan dasar Kerajaan.
  5. Kandungan berunsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang-undang.

Tip-tip Pengurusan Blog Rasmi Jabatan

  1. Isi mestilah jelas dan mudah difahami. (antara 150-160 patah perkataan)
  2. Penggunaan bahasa Inggeris adalah digalakkan bagi menarik pembaca seluruh dunia
  3. Menggunakan label-label yang ringkas supaya mudah dicapai melalui hasil carian.
  4. Pastikan blog tidak terlalu sarat dengan widget.
  5. Bagi menggalakkan penglibatan anggota dalam penulisan blog, penyumbang artikel diberikan kredit dan satu slot latihan tidak bersemuka.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input