Muzium Geologi

JMG mempunyai tiga buah Muzium Geologi dan satu Galeri iaitu:

  1. Muzium Geologi, Ipoh, Perak
  2. Muzium Geologi, Kuching, Sarawak
  3. Muzium Geologi, Kota Kinabalu, Sabah
  4. Galeri Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh, Perak

 

Muzium Geologi, Ipoh, Perak

Muzium Geologi ditubuhkan pada 1957 dengan perletakan batu asas bangunan oleh Raja Muda Perak, Raja Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah. Muzium ini merupakan sebahagian daripada kompleks Jabatan Mineral dan Geosains dan memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan geologi dan geosains di negara kita.

Melangkah ke dalam Muzium Geologi dan anda akan kagum dengan rekabentuk dan susunatur yang menarik. Ruang pameran Muzium dibahagikan kepada tujuh zon A hingga G dengan jalan cerita yang mudah difahami untuk menambahkan pengetahuan geologi anda. Jalan cerita bermula dengan struktur dan ciri-ciri geologi bumi, sejarah bumi, pameran pelbagai spesimen geologi, kegunaan, perlombongan dan explorasi mineral, dan diakhiri dengan cerita bagaimana geologi dapat menyumbangkan kepada kekayaan dan kesejahteraan manusia.

 

Koleksi

Muzium Geologi mengumpulkan koleksi unik pelbagai jenis fosil, batuan, mineral, batu permata berharga dan separa-berharga dari dalam dan luar negara. Muzium ini juga mempamerkan beberapa sampel kasiterit (bijih timah) menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak disamping diorama pelbagai kaedah melombong bijih timah yang kini kekal sebagai warisan negara. Model dan ilustrasi grafik 3-D berkenaan sumbangan geologi kepada pembinaan infrastruktur utama, pembangunan sumber air tanah dan promosi warisan geologi Malaysia sebagai produk pelancongan juga dipaparkan di dalam muzium ini.

 

Waktu Melawat

Masuk adalah PERCUMA

Dimaklumkan bahawa waktu melawat Muzium Geologi JMG adalah seperti berikut:

Isnin hingga Khamis 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
  2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
  3.00 petang – 4.30 petang
Sabtu dan Ahad Tutup
Hari Kelepasan Am Tutup

 

Lawatan Berkumpulan

Permohonan boleh dilakukan melalui atas talian.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input