Keperluan Agensi Kawal Selia bagi Sektor Perlombongan, Pengkuarian dan Pemprosesan Mineral

Setiap majikan yang berhasrat menggajikan ekspatriat (Kategori I, Kategori II) dan pekerja berpengetahuan/ berkemahiran (knowledge/ skilled worker(s)) (Kategori III) hendaklah memastikan syarat-syarat dan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Khidmat Ekspatriat dipatuhi/ dipenuhi sepenuhnya. Semua maklumat berkaitan sebagaimana yang dikehendaki hendaklah dinyatakan dengan jelas, tepat dan dokumen berkaitan dengannya hendaklah disertakan dengan lengkap dan sempurna semasa membuat permohonan melalui portal Xpats Gateway.

Bagi keperluan semakan dan pengesahan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selaku agensi kawal selia bagi sektor perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral, pihak majikan/ syarikat penaja dan pemohon hendaklah memastikan maklumat dan keperluan yang disebutkan pada Jadual di bawah jelas, lengkap dan sempurna. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berhak untuk tidak menyokong atau menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap, mengelirukan atau meragukan.