WhatsApp Image 2025 04 23 at 11.08.44 AM

HARGA DAGANGAN MINERAL 18 APRIL2025

Logam timah, aluminium dan tembaga menunjukkan di mana nilai dagangan timah menurun paling banyak iaitu 2.56% dijual pada harga USD 30,450.00 berbanding USD 31,250.00 minggu sebelumnya. Aluminium dan tembaga juga menurun masing-masing sebanyak 1.52% pada harga USD 2,327.00 dan 0.78% pada harga USD 9,103.00. Harga emas meningkat lagi pada minggu ini sebanyak 5.17% berbanding sebelumnya untuk dijual pada USD 106.28. Nikel dan bijih besi meningkat 2.60% dan 0.10% masing-masing dijual pada harga USD 15,400.00 dan USD 100.05. Harga arang batu tidak berubah dijual pada nilai USD 103.00.

Sebanyak 7 REO menunjukkan penurunan harga antara 1.64% hingga 11.31%. Harga REO Holmium menurun paling banyak untuk dijual pada USD 66,281.28 berbanding harga sebelumnya iaitu USD 74,735.87. Ini diikuti oleh REO Cerium menurun sebanyak 5.27% didagangkan pada harga lebih rendah iaitu USD 1,680.95. Lain-lain REO yang menurun harga dagangan adalah Praseodymium, Neodymium, Gadolinium, Dysposium dan Neodymium-Praseodymium. Nilai dagangan REO Terbium kekal tinggi dijual pada harga USD 978,500.00 meningkat lagi 0.61% diikuti oleh Scandium USD 840,470.00 dan Lutetium USD 703,810.00 masing-masing meningkat lagi 0.12%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) menurun lagi pada minggu ini sebanyak 2.63% untuk dijual pada harga USD 4,605.52 berbanding USD 4,729.86 minggu sebelumnya.

WhatsApp Image 2025 04 14 at 4.53.57 PM

 

Prestasi Harga Mineral, 11 April 2025.

Logam timah, nikel dan bijih besi menunjukkan penurunan manakala lain-lain logam dan arang batu menunjukkan kenaikan harga dagangan. Nilai dagangan timah menurun paling banyak iaitu 13.19% dijual pada harga USD 31,250.00 berbanding nikel dan bijih besi yang mana masing-masing menurun sebanyak 0.13% dan 262%. Harga emas meningkat 2.90% dijual pada USD 101.05 berbanding USD 98.20 pada minggu sebelumnya.Tembaga dan arang batu juga masing-masing meningkat sebanyak 3.91% dan 3.31% untuk dijual pada harga USD 9,175.00 dan USD 103.00.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan berjulat daripada 0.26% sehingga 3.42%. Hanya 5 mineral REO sahaja yang mencatatkan peningkatan harga antara 0.33% hingga 16.68% iaitu REO Gadolinium, Terbium, Dysposium, Holmium dan Erbium. Setiap REO ini didagangkan pada harga jualan USD 23,342.16, USD 972,590.00, USD 230,690.00.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) menurun lagi pada minggu ini sebanyak 3.46% untuk dijual pada harga USD4,729.86 berbanding USD4,899.55 minggu sebelumnya

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

 

WhatsApp Image 2025 04 07 at 5.33.49 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu, 4 April 2025

Ketiga-tiga kumpulan mineral logam, tenaga dan bijih telah menunjukkan prestasi negatif dengan peratusan penurunan di antara 0.05% sehingga 9.84%. Bagi kumpulan mineral logam, tembaga dan aluminium telah mencatatkan prestasi tertinggi untuk dijual pada harga USD8,830.00 dan USD2,355.00. Harga bagi arang batu juga telah menurun sebanyak 0.05% untuk dijual pada harga USD99.70 berbanding USD99.75 berbanding minggu sebelumnya. Bijih besi pula dijual pada harga USD102.64 berbanding USD103.77 dengan prestasi penurunan sebanyak 1.09%.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan di antara 0.12% sehingga 0.34%. Terdapat hanya 4 mineral REO sahaja yang mencatatkan peningkatan harga iaitu REO Cerium, Terbium, Dysposium dan Gadolinium untuk ditutup pada harga jualan USD1,779.16, USD906,010.00, USD229,920.00 dan USD22,992.28 dengan peratusan peningkatan di antara 0.86% sehingga 13.00%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,899.55 berbanding USD4,902.70 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.06%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

WhatsApp Image 2025 03 24 at 4.37.52 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu, 21 Mac 2025

Prestasi harga jualan bagi mineral logam pada minggu berakhir 21 Mac 2025 adalah agak seimbang di mana 2 mineral logam mencatatkan peningkatan harga iaitu emas dan tembaga dengan harga jualan sebanyak USD96.89 dan USD9,827.00 berbanding USD95.75 dan USD9,785.50 pada minggu sebelumnya. Bagi timah, aluminium dan nikel pula mencatatkan penurunan sebanyak 2.39%, 5.55% dan 3.22% untuk ditutup pada harga USD34,765.00, USD2,561.50 dan USD15,910.00. PPenurunan harga turut direkodkan oleh mineral tenaga arang batu dan bijih besi dengan harga jualan sebanyak USD98.25 dan USD102.00 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif kecuali bagi mineral REO Cerium dengan prestasi peningkatan sebanyak 3.89% untuk didagangkan pada harga USD1,787.75 berbanding USD1,720.89. Bagi mineral lain pula telah merekodkan penurunan harga di antara 0.11% sehingga 3.68% dengan penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Yttrium untuk ditutup pada harga USD7,426.05 berbanding USD7,709.57 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Dysprosium dan Gadolinium untuk dijual pada harga USD230,350.00 dan USD23,103.26 berbanding USD234,730.00 dan USD23,541.72 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.87% dan 1.86%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) turut ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,957.58 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.11%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

WhatsApp Image 2025 03 11 at 9.53.22 AM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 7 MAC 2025

Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam pada minggu berakhir 7 Mac 2025 menaik dengan peratusan di antara 0.70% sehingga 3.82% kecuali bijih besi. Harga nikel menunjukkan kenaikan tertinggi sebanyak 3.82% pada nilai USD16,040.00 diikuti oleh emas sebanyak 3.41% pada nilai USD94.24. Nilai dagangan untuk bijih besi menurun lagi bagi tempoh dua minggu berturut-turut dan diniagakan pada harga USD101.29 berbanding USD102.60 pada minggu sebelumnya.
Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan RE Oksida (REO) semuanya menunjukkan peningkatan di antara 0.04% sehingga 21.43% kecuali Neodymium-Praseodymium yang menurun sebanyak 0.15%. Yttrium menunjukkan peningkatan harga paling tinggi sebanyak 21.43% untuk diniagakan pada harga USD7,639.68, diikuti oleh Cerium sebanyak 15.03% pada harga USD1,651.82. Terbium adalah REO paling tinggi nilai dagangannya iaitu USD894,740.00 yang meningkat sebanyak 1.04% berbanding minggu sebelumnya. REO Neodymium-Praseodymium kekal menurun bagi dua minggu berturut-turut dan didagangkan pada harga USD60,635.68.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,914.17 berbanding USD4,916.71 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.05%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input