Prestasi Harga Mineral Minggu, 21 Mac 2025

WhatsApp Image 2025 03 24 at 4.37.52 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu, 21 Mac 2025

Prestasi harga jualan bagi mineral logam pada minggu berakhir 21 Mac 2025 adalah agak seimbang di mana 2 mineral logam mencatatkan peningkatan harga iaitu emas dan tembaga dengan harga jualan sebanyak USD96.89 dan USD9,827.00 berbanding USD95.75 dan USD9,785.50 pada minggu sebelumnya. Bagi timah, aluminium dan nikel pula mencatatkan penurunan sebanyak 2.39%, 5.55% dan 3.22% untuk ditutup pada harga USD34,765.00, USD2,561.50 dan USD15,910.00. PPenurunan harga turut direkodkan oleh mineral tenaga arang batu dan bijih besi dengan harga jualan sebanyak USD98.25 dan USD102.00 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, hampir kesemua mineral RE Oksida (REO) mencatatkan prestasi negatif kecuali bagi mineral REO Cerium dengan prestasi peningkatan sebanyak 3.89% untuk didagangkan pada harga USD1,787.75 berbanding USD1,720.89. Bagi mineral lain pula telah merekodkan penurunan harga di antara 0.11% sehingga 3.68% dengan penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh Yttrium untuk ditutup pada harga USD7,426.05 berbanding USD7,709.57 pada minggu sebelumnya. Hal ini turut diikuti dengan mineral REO Dysprosium dan Gadolinium untuk dijual pada harga USD230,350.00 dan USD23,103.26 berbanding USD234,730.00 dan USD23,541.72 dengan peratusan penurunan sebanyak 1.87% dan 1.86%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) turut ditutup rendah untuk dijual pada harga USD4,957.58 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.11%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input