Prestasi Harga Mineral Minggu 31 Januari 2025
Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan logam adalah menurun kecuali bagi emas yang mengalami peningkatan harga jualan sebanyak 1.27% untuk ditutup pada harga USD90.41. Mineral logam lain mengalami penyusutan harga di antara 0.78% sehingga 2.91% dengan penyusutan tertinggi dicatatkan oleh tembaga dengan harga jualan sebanyak USD8,949.00 berbanding USD9,217.00. Bagi arang batu dan bijih besi pula mengalami peningkatan harga sebanyak 0.55% dan 4.38% untuk dijual pada harga USD110.10 dan USD105.78.
Harga pasaran terakhir yang dicatatkan bagi kumpulan RE Oksida (REO) adalah pada 27 Januari 2025 sebelum pasaran ditutup bagi cuti perayaan tahun baru cina. Secara keseluruhan, prestasi kesemua RE Oksida (REO) meningkat dengan peratusan yang sama iaitu sebanyak 0.41%. Sungguh pun begitu, REO Scandium, Terbium dan Lutetium mengalami perubahan harga yang agak signifikan dengan peningkatan di antara USD2,870.00 sehingga USD3,400.00 untuk dijual pada harga USD837,950.00, USD815,970.00 dan USD707,450.00 bagi setiap tan metrik.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih tinggi pada harga USD4,615.57 berbanding USD596.88 dengan peratusan peningkatan sebanyak 0.41%.
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral