Prestasi Harga Mineral Minggu 3 Jan 2025

WhatsApp Image 2025 01 06 at 2.23.43 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu 3 Jan 2025

Prestasi harga pasaran mineral logam pada minggu berakhir 3 Januari 2025 menunjukkan penurunan di antara 0.25% sehingga 2.06% dengan penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh nikel sebanyak 2.06% untuk dijual pada harga USD14,765.00 diikuti dengan tembaga untuk ditutup pada harga USD8,700.00 berbanding USD8,842.00. Bijih besi turut mencatatkan penurunan sebanyak 4.29% untuk ditutup pada harga USD99.44 berbanding USD103.90 bagi setiap tan metrik. Walaubagaimanapun, arang batu mencatatkan peningkatan harga sebanyak 0.94% untuk ditutup pada harga USD113.30 berbanding USD103.90.

Secara keseluruhan, prestasi bagi kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) mengalami peningkatan di antara 0.01% sehingga 0.63% dengan Dysprosium mencatatkan peningkatan harga tertinggi pada harga USD220,000.00 berbanding USD218,620.00 diikuti dengan Terbium sebanyak 0.54% pada harga USD766,570.00 berbanding USD762,420.00 pada minggu lepas.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu USD4,406.75 berbanding USD4,406.46 pada minggu sebelumnya.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input