Prestasi Harga Mineral Minggu 27 Dis 2024

WhatsApp Image 2024 12 30 at 3.11.46 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu 27 Dis 2024

Prestasi harga pasaran mineral logam pada minggu berakhir 27 Disember 2024 menunjukkan peningkatan di antara 0.80% sehingga 1.23% kecuali bagi emas yang mengalami penurunan sebanyak 0.02% dengan harga jualan sebanyak USD84.10. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh aluminium sebanyak 1.23% untuk dijual pada harga USD2,513.00 berbanding USD2,482.50. Bagi arang batu dan bijih besi pula turut meningkat sebanyak 0.36% dan 0.06% untuk ditutup pada harga USD112.25 dan USD103.90.

Secara keseluruhan, hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) mengalami penurunan di antara 0.03% sehingga 0.77% dengan Holmium mencatatkan penurunan harga tertinggi pada harga USD54,927.04 berbanding USD55,352.07 diikuti dengan Neodymium sebanyak 0.27% pada harga USD55,063.67. Hanya 6 REO sahaja yang mencatatkan prestasi positif iaitu Cerium, Praseodymium, Gadolinium, Terbium, Dysprosium dan Neodymium-Praseodymium dengan peratusan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh REO Cerium untuk dijual pada harga USD1,065.75 bagi setiap tan metrik.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu USD4,406.46 berbanding USD4,346.16 pada minggu sebelumnya.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input