Prestasi Harga Mineral Minggu 20 Disember 2024
Secara keseluruhan, prestasi harga bagi kumpulan mineral logam adalah menurun dengan Nikel mencatatkan penurunan tertinggi sebanyak 6.36% diikuti dengan aluminium sebanyak 3.29% untuk dijual pada harga USD14,955.00 dan USD2,482.50. Arang batu dan bijih besi turut mengalami penurunan harga sebanyak 1.55% dan 1.40% untuk dijual pada harga USD111.50 dan USD103.84 berbanding USD113.25 dan USD105.31 pada minggu sebelumnya.
Bagi kumpulan RE Oksida pula, hampir kesemua mengalami penurunan harga kecuali bagi REO Cerium yang meningkat sebanyak 3.71% untuk dijual pada harga USD1,038.71 berbanding USD1,001.55. Peratusan penurunan harga REO yang lain adalah diantara 0.37% sehingga 12.77% dengan REO Holmium dan Gadolinium mencatatkan penurunan harga tertinggi untuk ditutup pada harga USD55,352.07 dan USD20,159.09 bagi minggu berakhir 20 Disember 2024.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,346.16 berbanding USD4,561.86 dengan peratusan penurunan sebanyak 4.73%.
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral