HARGA DAGANGAN MINERAL

WhatsApp Image 2025 04 23 at 11.08.44 AM

HARGA DAGANGAN MINERAL 18 APRIL2025

Logam timah, aluminium dan tembaga menunjukkan di mana nilai dagangan timah menurun paling banyak iaitu 2.56% dijual pada harga USD 30,450.00 berbanding USD 31,250.00 minggu sebelumnya. Aluminium dan tembaga juga menurun masing-masing sebanyak 1.52% pada harga USD 2,327.00 dan 0.78% pada harga USD 9,103.00. Harga emas meningkat lagi pada minggu ini sebanyak 5.17% berbanding sebelumnya untuk dijual pada USD 106.28. Nikel dan bijih besi meningkat 2.60% dan 0.10% masing-masing dijual pada harga USD 15,400.00 dan USD 100.05. Harga arang batu tidak berubah dijual pada nilai USD 103.00.

Sebanyak 7 REO menunjukkan penurunan harga antara 1.64% hingga 11.31%. Harga REO Holmium menurun paling banyak untuk dijual pada USD 66,281.28 berbanding harga sebelumnya iaitu USD 74,735.87. Ini diikuti oleh REO Cerium menurun sebanyak 5.27% didagangkan pada harga lebih rendah iaitu USD 1,680.95. Lain-lain REO yang menurun harga dagangan adalah Praseodymium, Neodymium, Gadolinium, Dysposium dan Neodymium-Praseodymium. Nilai dagangan REO Terbium kekal tinggi dijual pada harga USD 978,500.00 meningkat lagi 0.61% diikuti oleh Scandium USD 840,470.00 dan Lutetium USD 703,810.00 masing-masing meningkat lagi 0.12%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) menurun lagi pada minggu ini sebanyak 2.63% untuk dijual pada harga USD 4,605.52 berbanding USD 4,729.86 minggu sebelumnya.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input