Prestasi Harga Mineral Minggu 14 Februari 2025

WhatsApp Image 2025 02 17 at 4.05.51 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu 14 Februari 2025

Prestasi harga pasaran bagi kumpulan mineral logam emas, timah, aluminium dan tembaga telah mencatatkan peningkatan positif di antara 0.80% sehingga 5.63%. Peningkatan harga tertinggi direkodkan oleh tembaga untuk diniagakan pada harga USD9,810.00 berbanding USD9,287.00 pada minggu lepas. Nikel dan arang batu mencatatkan penurunan harga sebanyak 1.29% dan 4.39% untuk ditutup pada harga USD15,350.00 dan USD100.15. Bagi bijih besi pula meningkat sebanyak 0.43% untuk ditutup pada harga USD106.83.

Prestasi bagi kesemua kumpulan REO (Oksida RE) menunjukkan peningkatan di antara 0.08% sehingga 3.26% kecuali bagi REO Yttrium yang menurun sebanyak 1.12% untuk ditutup pada harga USD5,617.44 berbanding USD5,681.20 pada minggu sebelumnya. Peningkatan harga tertinggi direkodkan oleh Holmium, Preseodymium dan Neodymium dengan harga dagangan sebanyak USD64,669.05, USD61,517.80 dan USD60,421.72 bagi setiap tan metrik.

Kumpulan karbonat RE ditutup lebih tinggi pada harga USD4,815.93 setelah mencatat peningkatan sebanyak 2.27% berbanding harga yang direkodkan pada minggu lepas.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input