TUJUAN

Penggunaan Internet dan e-mel yang semakin meningkat serta perkembangan teknologi terkini yang pantas telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan yang baik kepada para pelanggan. Walaubagaimanapun, penggunaan yang tidak dikawal dan teratur akan membawa kepada kesan negatif yang memudaratkan kepada jabatan, masyarakat dan negara.

Dokumen ini adalah bertujuan untuk:

  1. Menerangkan dengan lebih terperinci tatacara penggunaan dan pengurusan e-mel dan Internet kepada semua pegawai dan kakitangan JMG;
  2. Memastikan warga JMG mengamalkan etika penggunaan dan pengurusan yang baik, efisien dan selamat;
  3. Meminimakan sebarang permasalahan berkaitan penggunaan perkhidmatan e-mel dan Internet jabatan.

Garis panduan dan tatacara didalam dokumen ini juga adalah sentiasa dikemaskini berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 1 Tahun 2003 iaitu Garis Panduan Mengenai Tatacara Pengunaan Internet Dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan serta Pelan Keselamatan Siber (PKS) yang terkini dan sedang berkuatkuasa.


ETIKA PENGGUNAAN E-MEL

Akaun E-mel Pengguna

  1. Setiap pegawai di JMG berhak mendapat satu akaun e-mel rasmi jabatan yang didaftarkan menggunakan alamat *@jmg.gov.my. E-mel jabatan merupakan medium komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kemudahan ini dengan betul, cekap, berkesan dan beretika di sepanjang masa, tempat dan keadaan.
  2. Prosedur pewujudan akaun e-mel rasmi seseorang pegawai adalah tertakluk kepada standard naming convention yang telah digariskan. Setiap nama akaun e-mel rasmi akan dibuat berpandukan nama pegawai diikuti dengan simbol noktah [.] dan nama bapa pegawai. Pentadbir E-mel berhak menentukan nama akaun e-mel yang sesuai bagi setiap permohonan. Bagi permohonan e-mel khas adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Pentadbir E-mel.
  3. Semua akaun e-mel di dalam sistem e-mel jabatan adalah menjadi hakmilik jabatan. Melalui perlantikan di peringkat jabatan, Pentadbir E-mel yang terdiri daripada pegawai Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT (ICT) dari Cawangan Pengurusan Maklumat, Bahagian Korporat dan Ekonomi Mineral mempunyai hak untuk mengawasi dan memantau penggunaan akaun e-mel semua pegawai yang diwujudkan.
  4. Semua pengguna baru diwajibkan mengisi borang permohonan e-mel dalam talian.
  5. Pengguna adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada Pentadbir E-mel sekiranya pengguna bercuti panjang (termasuk cuti bersalin, cuti sambung belajar, cuti tanpa gaji), berkursus panjang atau bertukar bahagian atau keluar dari JMG. Akaun e-mel yang didapati tidak digunakan atau tidak aktif lebih dari 30 hari secara berterusan tanpa makluman pengecualian daripada wakil pengguna akan disekat selama 30 hari dan seterusnya dihapuskan dari sistem e-mel.

Mailbox Pengguna

  1. Perkhidmatan e-mel MyGovUC 2.0 menawarkan pakej perkhidmatan yang boleh dirujuk di laman web utama MyGovUC 2.0.
  2. Pegawai yang bertanggungjawab akan membantu dalam konfigurasi e-mel di PC pemohon setelah mendapat kebenaran daripada Pentadbir E-mel JMG.
  3. Pengguna adalah diwajibkan membuat penyenggaraan mailbox e-mel secara berkala iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memadamkan semua e-mel yang telah dibaca dan telah diambil tindakan.
  4. Pentadbir E-mel berhak menyekat atau menarik-balik kemudahan e-mel pengguna yang didapati melakukan penyalahgunaan e-mel sehingga mendapat arahan daripada Ketua Unit/Cawangan pengguna berkenaan.

Penggunaan E-mel

  1. E-mel adalah satu kemudahan dan sepatutnya digunakan dengan penuh tanggungjawab. Tujuan utama sistem e-mel jabatan adalah untuk kemudahan komunikasi rasmi sahaja. Walau bagaimanapun kelonggaran diberikan sekiranya penggunaan e-mel tersebut tidak menjatuhkan imej jabatan, bukan untuk kepentingan peribadi dan tidak menganggu urusan kerja seharian pegawai dan produktiviti bahagian dan jabatan.
  2. E-mel jabatan tidak boleh disalahgunakan bagi penyebaran atau sebarang perkongsian bahan berunsur hasutan, fitnah, seks, perkauman dan lain-lain yang menyalahi undang-undang.
  3. Pengguna adalah dilarang menghantar salinan e-mel (carbon copy atau cc) kepada individu lain yang tidak memerlukannya atau kepada kumpulan e-mel (groupmail) jabatan. Hal ini akan membebankan mailbox individu lain.
  4. Pengguna adalah dilarang melampirkan fail melainkan ianya benar-benar diperlukan. Semua lampiran menggunakan format .exe, .com dan .bat tidak dibenarkan kerana format ini adalah berisiko tinggi mengandungi virus.
  5. Pengguna perlu mengehadkan saiz dan bilangan fail yang ingin dilampirkan ke dalam sesuatu e-mel. Saiz e-mel (termasuk lampiran) tidak boleh melebihi 25MB. Hal ini bagi mengelakkan serangan e-mel bombing atau penafian perkhidmatan (access denial) ke atas sistem e-mel jabatan.
  6. Bagi penghantaran e-mel dengan lampiran yang melebihi 25MB, pengguna hendaklah menggunakan fungsi penghantaran link kepilan (attachment) menggunakan platform Google Drive.
  7. Bagi penghantaran e-mel yang memerlukan tindakan segera, penghantar perlu menggunakan kemudahan fungsi High-Priority bagi mengingatkan penerima untuk mengambil tindakan dan memberi maklum balas secepat mungkin.
  8. Pengguna digalakkan menggunakan kemudahan Acknowledge Receipt bagi mengesahkan status penerimaan e-mel oleh penerima setiap kali e-mel dihantar.
  9. Pengguna digalakkan menggunakan kemudahan Out-of-Office Notification bagi memberi makluman kepada penghantar emel sekiranya pengguna tiada di pejabat atau gagal memberi respon e-mel di atas sebab-sebab tertentu.
  10. Bagi e-mel penting yang perlu disimpan untuk rujukan dalam jangka masa yang lama, pengguna perlu membuat muat turun e-mel berkenaan ke PC masing-masing. Hal ini bagi mengurangkan beban ruang storan di e-mel jabatan.

Kemudahan Groupmail

  1. Setiap permohonan bagi mewujudkan groupmail untuk kegunaan jabatan perlu dipanjangkan kepada Pentadbir emel melalui memo khas dengan memberikan maklumat lengkap mengenai groupmail termasuk cadangan nama groupmail, nama pemilik groupmail, ahli, justifikasi penggunaan groupmail serta kelulusan pegawai yang bertanggungjawab.
  2. Permohonan bagi mewujudkan groupmail dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
    1. Groupmail dalaman
      • Permohonan boleh dipanjangkan melalui memo yang dihantar terus kepada Pentadbir E-mel melalui borang dalam talian.
      • Hanya melibatkan penghantaran dan penerimaan e-mel pengguna domain JMG sahaja. (*@jmg.gov.my).
      • Perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Unit bagi pemohon atau pemilik groupmail sahaja.
    2. Groupmail luaran
      • Permohonan boleh dipanjangkan melalui memo yang dihantar terus kepada Pentadbir E-mel melalui borang dalam talian.
      • Melibatkan penghantaran dan penerimaan e-mel pengguna domain JMG dan selain pengguna domain JMG (*@jmg.gov.my).
      • Perlu mendapat kelulusan daripada Timbalan Pengarah atau Pengarah bahagian pemohon atau pemilik groupmail.
  3. Penggunaan groupmail adalah tertakluk kepada kegunaan jabatan sahaja.
  4. Tindakan akan diambil sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan di kalangan pegawai yang boleh membebankan storan pada server e-mel.

Pengurusan E-mel yang Baik

  1. Pengurusan penyenggaraan mailbox pengguna adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri.
  2. Pengguna perlu memadamkan e-mel yang telah dibaca dan diambil tindakan. Pengguna perlu mengambil tindakan mengikut tahap keutamaan e-mel yang dihantar (High Priority).
  3. Pengguna digalakkan membalas e-mel secepat mungkin sekurang-kurangnya tidak lebih dari 3 (tiga) hari bekerja terutamanya yang melibatkan para pelanggan jabatan.
  4. Penyenggaraan keseluruhan mailbox termasuk memadamkan e-mel dalam folder Deleted Items dan e-mel dalam folder Sent Items digalakkan untuk sekurang-kurangnya 2 (dua) kali seminggu.
  5. Pengguna digalakkan untuk mewujudkan folder berasingan dan menambah rule pada folder bagi penerimaan e-mel yang lebih teratur mengikut kumpulan nama penghantar, subject title, kategori tugasan dan sebagainya. Selain menetapkan rule, pengguna juga boleh mengamalkan kaedah memindahkan e-mel ke dalam folder secara manual.
  6. Pengguna digalakkan untuk memadamkan e-mel yang tidak lagi diperlukan terutamanya yang mempunyai lampiran bagi menjimatkan kapasiti storan mailbox.
  7. Pengguna perlu memastikan buku alamat (address book), senarai orang hubungan (contacts) dan kalendar pengguna sentiasa dikemaskini.

Keselamatan E-mel

  1. E-mel rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu e-mel rahsia rasmi dan e-mel bukan rahsia rasmi.
    1. E-mel Rahsia Rasmi
      • E-mel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad atau Sulit. Maklumat Rahsia atau Rahsia Besar TIDAK boleh dihantar melalui e-mel.
    2. E-mel Bukan Rahsia Rasmi
      • E-mel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi.
  2. Pengguna seharusnya mengambil maklum berkenaan kategori maklumat terperingkat (rahsia, sulit dan terhad) serta melindungi maklumat yang dihantar melalui e-mel.
  3. Menggunakan akaun dan kata laluan orang lain untuk menghantar e-mel adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  4. Pengguna adalah digalakkan untuk menghafal kata laluan masing-masing dan tidak mendedahkan kata laluan dengan sengaja di ruang kerja masing-masing.
  5. Kata laluan yang dipilih perlu mengandungi 12 (dua belas) karakter dan mempunyai ciri–ciri unik iaitu gabungan huruf, nombor dan simbol.
  6. Pengguna digalakkan untuk melaksanakan enkripsi terhadap fail sebelum dikepilkan dan dihantar kepada penerima, bagi menjamin keselamatan dan mengelakkan dari kebocoran maklumat.
  7. Pengguna hendaklah sentiasa mengimbas fail dalam mailbox dengan perisian anti-virus. Pengguna juga hendaklah memastikan fail yang akan dihantar melalui lampiran (attachment) bebas dari virus. Fail yang mengandungi virus akan tersebar dengan pantas ke seluruh rangkaian dalaman jabatan mahupun rangkaian luar.
  8. Pengguna adalah dilarang sama-sekali untuk mendaftarkan diri dengan menggunakan e-mel rasmi jabatan dalam mailing-list, forum, laman muat-turun, laman perbincangan dan sebagainya yang menyebabkan pengguna menerima banyak e-mel spam berbentuk komersil, perniagaan, porno dan lain-lain yang tidak berkaitan setiap hari. Jika berlaku demikian, aduan boleh dipanjangkan kepada Pentadbir e-mel untuk tindakan selanjutnya.
  9. Penerimaan e-mel dari mana-mana groupmail, laman web atau laman forum untuk kegunaan peribadi melalui sistem e-mel jabatan adalah tidak dibenarkan. Pengguna digalakkan menggunakan e-mel peribadi lain sekiranya ingin mendaftar dan menggunakan kemudahan ini.
  10. Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui. Ini bagi melindungi pengguna serta aset ICT JMG daripada aktiviti yang tidak diingini seperti phishing, ancaman virus, spamming, dan lain-lain malware.
  11. Sekiranya pengguna mengesan atau mengesyaki penyalahgunaan akaun e-mel jabatan, penyamaran atau aktiviti mencurigakan, aduan perlu dilakukan dengan segera dengan menghubungi Pentadbir E-Mel. Pentadbir e-mel akan mengambil langkah keselamatan dan penyiasatan yang sewajarnya bagi membantu dan memastikan kejadian itu tidak berulang.

 

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

  1. Setiap Komputer di pejabat JMG yang mempunyai bekalan kabel rangkaian yang mencukupi akan dipasang kemudahan rangkaian sama ada berwayar (wired) atau tanpa-wayar (wireless). Kemudahan rangkaian ini hanya dibenarkan untuk kegunaan pegawai JMG sahaja melainkan dengan kebenaran Pentadbir Rangkaian.
  2. Melalui perlantikan di peringkat jabatan, Pentadbir Rangkaian mempunyai hak untuk mengawasi dan memantau penggunaan kemudahan Internet semua pegawai JMG menggunakan kemudahan rangkaian jabatan.
  3. Pentadbir Rangkaian berhak menyekat sebarang laman web dan kandungan Internet dari semasa ke semasa terutamanya yang mempunyai unsur negatif, pornografi, permainan dan perjudian melalui Internet.
  4. Jabatan mempunyai hak untuk menarik balik atau menggantung akses Internet pengguna yang dikesan atau dipercayai telah disalahgunakan pada bila-bila masa.
  5. Penggunaan kemudahan wireless adalah dibenarkan bagi pengguna yang tidak mendapat kemudahan wired-network di pejabat. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan akaun dan kata laluan bagi tujuan akses wireless jabatan, pengguna boleh merujuk Pentadbir Rangkaian atau Pegawai yang bertanggungjawab.

 

PENGGUNAAN INTERNET

  1. Pengguna digalakkan membuat pencarian atau akses maklumat menerusi laman web yang berkaitan dengan tugasan sebagai penjawat awam sahaja. Pencarian maklumat yang bijak dapat dilaksanakan dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini dan memilih search engine yang popular agar carian itu pencarian lebih efisyen dan mendapat maklum balas yang lebih cepat.
  2. Kebanyakan laman merekodkan pelawat yang melawat lamannya. Pengguna digalakkan berhati-hati apabila berkunjung ke sesuatu laman terutamanya yang dilarang atau yang boleh menjejaskan maruah individu, organisasi dan negara. Maklumat yang diperolehi mungkin akan digunakan untuk tujuan tertentu.
  3. Sebagai penjawat awam, pengguna dilarang melawat laman-laman pornografi, jenayah dan tidak bermoral yang boleh mencemarkan nama baik individu dan jabatan.
  4. Sebagai penjawat awam, pengguna juga dilarang melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversive yang bertentangan dengan undang-undang negara serta boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara dan proses keadilan yang diterima pakai.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta sesuatu laman web yang dilawati dan mematuhi segala peraturan mengenainya.
  6. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (penggunaan kad kredit) yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika pengguna terpaksa mendapatkan perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured-server). Perkara ini amatlah penting untuk memastikan maklumat kad kredit anda tidak dicuri oleh penceroboh yang melakukan aktiviti pemalsuan urusniaga dengan kad kredit.

 

KESELAMATAN PENGGUNAAN INTERNET

  1. Kaedah penggunaan Internet yang selamat dan beretika di pejabat amat penting bagi mengelakkan berlaku masalah serangan spyware, adware, trojan dan virus. Penyalahgunaan sumber Internet dan sistem e-mel jabatan dianggap sebagai salah-laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atas individu yang melakukan kesalahan.
  2. Pengguna tidak dibenarkan memasang, menyimpan, memuat-turun (download) sebarang perisian tidak berlesen berbentuk hiburan dan permainan seperti gambling, hotbar, games, searchbar, gator dan sebagainya.
  3. Pengguna adalah dilarang melayari laman web terlarang, menyedia, memuat-naik, memuat-turun dan menyimpan bahan, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah, politk atau berbaur hasutan dan fitnah serta boleh menjatuhkan kerajaan.
  4. Pengguna hendaklah memastikan komputer mereka bebas dari spyware dan virus dengan membuat imbasan yang berkala, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  5. Hanya perisian antivirus yang dibekalkan oleh jabatan sahaja dibenarkan. Penggunaan antivirus lain akan membahayakan rangkaian jabatan. Sebarang penyalahgunaan akan dikenakan tindakan tatatertib.
  6. Penggunaan modem, broadband (kemudahan jalur lebar) peribadi adalah dilarang sama-sekali di jabatan kerana penggunaannya akan menyebabkan sistem rangkaian jabatan terdedah kepada bahaya serangan virus dari rangkaian luar yang diperolehi melalui broadband.

 


KHIDMAT NASIHAT

Sebarang kemusykilan yang timbul berkaitan dengan garis panduan ini hendaklah dirujuk kepada Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT, Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG, Putrajaya.

Senarai Pentadbir E-mel JMG:

  Nama E-mel
 1.

Norsaliza binti Saari

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 2.

Syamilah binti Samsudin@Murad

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 3. Azri bin Zakaria Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 4.

Normi binti Adok

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 5.

Johan Hamudy bin Sapiee

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RUJUKAN

  1. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU rujukan MAMPU.BDPICT.700-2/36(1): “Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan E-mel di Agensi-Agensi Kerajaan” – MAMPU, 1 Julai 2010.
  2. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU rujukan UPTM159/526/9 Jld.4 (60): “Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensiagensi Kerajaan” – MAMPU, 23 Nov 2007.
  3. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003: “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan E-mel Di Agensi- Agensi Kerajaan” – MAMPU, 2003.
  4. “Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS)” – MAMPU, 15 Januari 2002.
  5. Polisi Keselamatan Siber (PKS) NRECC

PENUTUP

Garis panduan yang terkandung dalam Dokumen Etika Penggunaan E-mel dan Internet ini mesti dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna di JMG pada sepanjang masa.

jata88px

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)
 

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Adalah menjadi dasar , Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk memastikan semua pekerjanya dan pihak-pihak lain yang mungkin terlibat di dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat melalui budaya kerja yang terancang dan sistematik.

Bagi menjayakan dasar ini, JMG akan memastikan langkah -langkah berikut dilaksanakan sewajarnya;

  1. Menyediakan suatu persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga kerja dan pihak-pihak lain melalui perancangan kerja yang teratur dalam pelbagai situasi;
  2. Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberikan penarafan seimbang dengan pencapaian produktiviti organisasi;
  3. Mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua skop fungsian Jabatan;
  4. Memastikan semua pekerja diberikan latihan, maklumat dan arahan serta penyeliaan berkenaan tatacara pelaksanaan tugasan dengan selamat tanpa risiko kepada kesihatan;
  5. Melapor dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang berlaku serta mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan kadar segera; dan
  6. Memastikan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

 

(DATUK P. Geol ZAMRI BIN RAMLI, F.I.G.M.)
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

jata88px

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)
 

DASAR KESELAMATAN PERLINDUNGAN

 

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) beriltizam untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif melalui perlaksanaan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Bagi menjayakan dasar tersebut, JMG komited untuk:

  1.  Melantik Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) yang bertanggungjawab memastikan arahan keselamatan Kerajaan dilaksanakan;
  2. Memastikan aspek keselamatan fizikal dipatuhi berasaskan kepada prinsip-prinsip keselamatan perlindungan bagi mencegah, mengesan, melengahkan dan mengambil tindakan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat;
  3. Memastikan perlindungan dan kawalan yang diberikan ke atas keselamatan dokumen, maklumat serta bahan rahsia rasmi tidak dikompromi dan mencegah akses tanpa kebenaran serta membantu penyiasatan terhadap sebarang kebocoran;
  4. Menjamin dan mengutamakan konsep keselamatan dan perlindungan ke atas semua aset ICT dan memastikan teknologi terkini digunakan untuk melindungi data dalam menghalang sebarang capaian oleh pihak luar;
  5. Memastikan aspek keselamatan peribadi terjamin sepenuhnya yang bertujuan memastikan warga JMG, komuniti keselamatan dan mana - mana pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam sentiasa melindungi rahsia rasmi dan perkara rasmi mengikut dasar, prosedur undang - undang dan peraturan yang ditetapkan; dan
  6. Memastikan kualiti pengurusan semua aktiviti yang berkaitan perkhidmatan, mengekalkan ketersediaan dan kesinambungan perkhidmatan apabila berlaku sebarang gangguan (disruption).

 

(DATUK P. Geol ZAMRI BIN RAMLI, F.I.G.M.)
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

 

Data Peribadi

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini.

Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial.

 

Maklumat Log

Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

 

Penggunaan Kuki (Cookies)

Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

 

Pautan Kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Dasar Keselamatan

  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian laman web ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini.
  • Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
  • Laman web kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir laman web ini.
  • Memecah masuk atau cubaan mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali.

 

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.

Penafian

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh pengunaan apa-apa maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

Notis Hak Cipta

Hak cipta Portal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan JMG kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada JMG.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input