Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input

MENGENAI E-PENYERTAAN PERKONGSIAN FOTO GEOLOGI

Jom semua! Tingkatkan kesedaran awam tentang keunikan serta kelebihan geologi di Malaysia melalui seni fotografi. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan geologi.

Terma dan syarat? Mudah je :)

Setiap penyertaan hendaklah menggunakan foto anda sendiri menggambarkan imej-imej yang bercirikan fitur-fitur geologi samaada batuan, landskap, fenomena geologi, persekitaran kerja lapangan atau sebagainya yang difikirkan bersesuaian.

Setiap foto yang dihantar akan dipilih berdasarkan kepada terma yang dinyatakan tadi seterusnya akan dikongsikan di ruangan khas Facebook rasmi JMG ini dengan turut dinyatakan kredit asal nama pemilik foto berkenaan.

Jom! Kami tahu anda mesti mempunyai foto yang menggamit kenangan lalu untuk dikongsikan, kan? ☺️

Terima kasih di atas dokongan dan penglibatan saudara/i semua! 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GEOLOGI SEDUNIA 2024! ⛏️

*Dengan menyertai program berkonsepkan perkongsian ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah syarat dan terma penyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan telah membaca dan bersetuju dengan Polisi e-Penyertaan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai program ini. Harap maklum.