Xpats Gateway

Permohonan Surat Sokongan Agensi melalui Xpats Gateway bagi Permohonan Pas Pekerjaan Ekspatriat/ Pegawai Dagang

Sistem Xpats Gateway telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2023 bagi permohonan Pas Penggajian Ekspatriat. Sehubungan itu, semua permohonan surat sokongan bagi permohonan pas penggajian ini yang hendak dibuat kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selaku Agensi Kawal Selia bagi Sektor Perlombongan, Pengkuarian dan Pemprosesan Mineral hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Xpats Gateway sepenuhnya.

Manakala bagi permohonan Pas Lawatan Profesional (Professional Visit Pass, PVP), permohonan masih perlu dibuat dengan mengemuka/ menyerahkan permohonan tersebut kepada pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di negeri di mana aktiviti perlombongan, pengkuarian atau pemprosesan mineral berkenaan beroperasi. Maklumat lanjut berkenaan PVP boleh diperolehi daripada Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia, serta dokumen ESD Guidebook terkini (V4, 2023).

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input