Masih Dalam Proses Untuk Dilengkapkan

C0F2E040 CC90 4D89 BD64 B5AA27599285

Laporan penuh tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, 16 Disember lalu, masih dalam proses untuk dilengkapkan secara terperinci.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan penuh masih disiapkan pihak berkenaan sebelum ia akan dibentangkan dalam Kabinet.

“Ia (laporan) sudah disediakan, tetapi untuk laporan penuh belum lagi. Kita akan maklumkan apabila laporan penuh sudah keluar,” katanya pada majlis pelancaran Klinik Amal Percuma Yayasan Amal Maaedicare dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, laporan awal tragedi tanah runtuh itu sudah dibentangkan ke Kabinet pada 4 Januari.

Tanpa mendedahkan inti pati laporan berkenaan, Nik Nazmi dilaporkan berkata, laporan awal bencana tanah runtuh yang disediakan kementeriannya menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) itu, dibaca Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tragedi pada 16 Disember lalu membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa mangsa dewasa dan 13 kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

Keratan akhbar asal:

2642EED7 EB7F 4C97 90DB 689A13BB6579

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input