ALOR SET AR: Kedah membangkitkan kebimbangan terhadap khabar angin yang menyatakan
Kerajaan Persekutuan bercadang menubuhkan sebuah entiti khusus seperti Petronas bagi
mengawal selia sumber unsur nadir bumi (REE).
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berharap khabar angin itu tidak benar
kerana tanah don sumber galian adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menurut beliau, negeri-negeri sepatutnya diberi ruang don kuasa sewajarnya untuk
menguruskan hasil bumi mereka sendiri termasuk REE sebagai satu cara menambah hasil
dan menampung keperluan pentadbiran negeri.
"Saya dengar khabar angin bahawa Persekutuan mahu tubuh satu badan macam Petronas
untuk kawal REE, tapi saya harap benda ini tidak benar.
"Memang ada Majlis Tanah Negara don pelbagai majlis lain, tapi keputusan di situ perlu
dibaca bersama Perlembagaan Persekutuan, khususnya Jadual Kesembilan. ltu yang
kadang-kadang menyukarkan pelaksanaan di peringkat negeri.
"Janganlah sampai ikat negeri macam tu. lni pun salah satu peluang untuk negeri cari hasil.
Kalau disekat, ia seolah-olah menganiaya negeri-negeri. Tapi saya tekankan, ini semua
cuma khabar angin. Saya harap ia tidak benar," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini belum ada prosedur operasi standard (SOP) khusus
yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Asli don Kelestarian Alam berkaitan pelaksanaan
perlombongan REE secara menyeluruh.
Sementara itu, kerajaan Kedah menyambut baik kesediaan China untuk berkongsi teknologi
pemprosesan REE dengan Malaysia don menyarankan agar proses nilai tambah dilakukan di
dalam negara berbanding mengeksport bahan mentah ke luar.
Katanya, pemindahan teknologi serta pembinaan kilang pemprosesan di negara ini
khususnya di Kedah mampu membawa limpahan ekonomi don pembangunan industri
hiliran yang lebih mampan.
"Kalau teknologi itu bagus, kita alu-alukan saintis-saintis China datang ke sini, buka kilang
don proses bahan di sini. Tak perlu kita eksport secara mentah. Bila hiliran berlaku di sini,
akan wujud peluang pekerjaan, pemindahan teknologi don limpahan ekonomi kepada
rakyat," katanya. - UTUSAN