Penurunan Aduan Pembakaran Terbuka Direkodkan Di Johan Setia Setakat Ini

kd02 180919 jerebu 3001845 20230227181501 3002022 20230227183223 3112665 20230415171823 3373078 20230810220009

SHAH ALAM: Sebanyak 33 aduan pembakaran terbuka direkodkan di kawasan Johan Setia, Klang setakat Ogos tahun ini membabitkan penurunan 69 peratus berbanding 2019.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata penurunan daripada 95 aduan pada 2019 membabitkan Johan Setia yang merupakan kawasan berisiko terbakar berkeluasan 10,095 hektar itu hasil kolaborasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama agensi lain untuk mengawal kebakaran.

“Untuk kawasan ini, JAS melalui kerjasama rapat bersama agensi lain dalam membina infrastruktur terdiri daripada lima unit sekatan saliran (JPS) manakala JMG (Jabatan Mineral dan Geosains) membina tiga unit telaga tiub serta 16 unit piezometer untuk mengawal kebakaran.

“Melalui pembangunan infrastruktur ini, statistik aduan pembakaran terbuka bagi tempoh lima tahun di kawasan Johan Setia mencatatkan penurunan ketara iaitu sebanyak 69 peratus atau 33 kes aduan bagi tempoh hingga Ogos tahun ini berbanding 2019 yang mencatatkan 95 kes aduan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Abdul Latiff berkata setakat bulan ini juga, tidak ada sebarang ketidakpatuhan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di kawasan berkenaan.

Bernama

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input