Mesyuarat Penyediaan Memorandum Persefahaman Pembangunan Mineral di antara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) [01 Februari 2023] Kuching, Sarawak

Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) merupakan sebuah kementerian di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Kementerian tersebut telah menunjukkan minat untuk melaksanakan projek penilaian Sumber Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Negeri Sarawak di mana pihak JMG telah dipilih sebagai agensi pelaksana.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu mesyuarat telah diadakan pada 01 Februari 2023 bagi membincangkan komponen projek yang telah berlangsung di Pejabat MUDeNR Wisma Sumber Alam, Petra Jaya. NRECC telah diwakili oleh Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian, YBrs. Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG, En Zamri Bin Ramli serta seluruh barisan pengurusan JMG Sarawak. MUDeNR pula telah diwakili oleh En Lim Bih Wei, Ketua Bahagian Sumber Mineral dan Geosains MUDeNR. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Dato John Wayne Ak Chamberlin, Timbalan Peguam Besar Sarawak serta Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (EPU). Diharapkan MOU yang bakal dibentuk dapat memberi manfaat bersama terutamanya dalam bidang industri mineral Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input