Semakan Jurupandu @ Geoguide Geopark

photo6325618711494504670 1660480721

Jurupandu Geopark @ Geoguide memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan aspek geopelancongan dan turut berperanan memulihara sesuatu warisan alam khususnya sumber tapak geologi yang berkepentingan (geosite atau geotapak) daripada kemusnahan. Hal ini kerana, Geoguide merupakan individu yang paling dekat dengan pengunjung serta merupakan individu yang boleh menyampaikan maklumat dengan baik serta menerapkan ilmu-ilmu baru mengenai nilai-nilai warisan geologi dan kelestarian alam.

JMG telah menyediakan sebuah platform untuk melakukan semakan Jurupandu Geopark @ Geoguide terlatih di bawah Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Reskill & Upskill Ekopelancongan) JMG-KeTSA Tahun 2022 dan semakan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

Semakan Jurupandu @ Geoguide Geopark

 Semoga dengan wujudnya platform semakan ini dapat memperluaskan lagi peranan Geoguide dalam mengembangkan industri geopelancongan ke arah wawasan geopark yang mampan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input