Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022 : Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam

2022 10 03 15 52 53

Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022 : Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam telah dikuatkuasa pada 1 Ogos 2022. Pekeliling Am ini menjelaskan tatacara pengurusan dan pengendalian insiden keselamatan siber bagi sektor awam seperti berikut :

  1. Mengenal pasti tahap keutamaan tindakan terhadap insiden keselamatan siber supaya satu pendekatan yang seragam & proaktif dapat dilaksanakan secara berkesan;
  2. Menetapkan penubuhan, fungsi, tanggungjawab & struktur Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber (Cyber Security Incident Response Team, CSIRT) agensi;
  3. Menggariskan bidang tugas & tanggungjawab Ketua Jabatan, CSIRT Agensi & Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) dalam pengurusan & pengendalian insiden keselamatan siber bagi sektor awam; dan
  4. Menerangkan proses kerja pelaporan insiden & Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian insiden.


Pekeliling Am ini boleh dimuat turun di Portal Rasmi Agensi Keselamatan Siber Negara di capaian https://www.nacsa.gov.my.

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Am ini, pekeliling/ surat pekeliling/ surat arahan berikut adalah dibatalkan :

  1. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  2. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam; dan
  3. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 23 Mac 2009 Pengaktifan Fail Log Server Bagi Tujuan Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT di Agensi-Agensi Kerajaan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input