×

Amaran

The form #32 does not exist or it is not published.

Pertandingan Mencipta Nama bagi Penjenamaan Semula Sistem Pengurusan Data Geospatial Bersepadu JMG

1

JMG sedang dalam proses penjenamaan semula Sistem Pengurusan Data Geospatial Bersepadu yang digunapakai oleh pengguna dalaman dan luaran jabatan. Sehubungan itu, Jabatan menganjurkan pertandingan mencipta nama dan ini bagi melakukan pembaharuan imej sistem dengan berkonsepkan pemodenan teknologi ICT dalam memberikan perkhidmatan berkaitan dalam bidang mineral dan geosains yang lebih pantas dan berkualiti.

 

A) SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Penyertaan

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warga JMG. Pihak urus setia dikecualikan daripada menyertai pertandingan ini.
  2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya satu nama akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Semua ciptaan mestilah baru dan asli dan tidak diciplak daripada mana-mana nama tempatan atau luar negara.
  4. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  5. Nama yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik penganjur. Segala hak cipta diberikan kepada penganjur dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya atau hasil kerja yang diserahkan kepada penganjur bagi pertandingan ini.
  6. Penganjur berhak menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tempatan atau luar negara tanpa notis atau pembayaran kepada peserta.
  7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hak cipta. Penganjur berhak untuk membawa tindakan kepada peserta yang menghantar penyertaan yang melanggar hak cipta pihak lain.
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan hanya seorang (1) pemenang sahaja yang akan dipilih. Pemenang akan menerima hadiah dan sijil penghargaan.
  9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022. Penyertaan hendaklah dihantar menggunakan borang dalam talian di bawah.

Spesifikasi Nama Sistem

  1. Rekaan nama terdiri daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  2. Nama yang dicipta hendaklah selari dengan hala tuju sistem yang ingin memartabatkan pembangunan mineral dan geosains di Malaysia. Pengenalan ringkas sistem adalah adalah seperti di bawah.
  3. Nama mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, hasutan ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
  4. Nama hendaklah disertakan dengan takrifan dan keterangan/ justifikasi.

Dokumen Permohonan Penyertaan

Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah mengisi borang penyertaan dibawah.

 

B) KRITERIA PENILAIAN

  1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.
  2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap reka bentuk nama yang dihantar kepada urus setia pertandingan.

 

C) HADIAH PERTANDINGAN

  1. Hanya seorang (1) pemenang akan dipilih.
  2. Pemenang akan menerima hadiah dan sijil penghargaan.
  3. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan dilakukan di Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat pada Julai 2022 yang akan dianjurkan di Ibu Pejabat JMG.

 

D) PANEL PENILAI

Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk nama yang disertai sekiranya perlu. Nama yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik penganjur.


PENGENALAN RINGKAS SISTEM PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL BERSEPADU JMG

Penyampaian perkhidmatan Jabatan perlu seiring dengan perkembangan teknologi terkini, agenda pendigitalan negara, pelan strategik, dasar dan polisi sedia ada serta situasi semasa supaya capaian maklumat adalah cepat dan tepat. Justeru itu, pembangunan sistem pengurusan data geospatial berpusat dan bersepadu adalah sangat perlu bagi meningkatkan tahap ketersediaan, penggunaan dan perkongsian data geospatial.

Sistem pengurusan data geospatial bersepadu yang dibangunkan merangkumi keseluruhan proses pengurusan data yang dipraktiskan di Jabatan. Sistem tersebut menyediakan kemudahan melaksanakan proses cerapan data, kemasukan data, pemprosesan dan pengharmonian data, penyimpanan data, analitik data, paparan dan perkongsian serta pengumpulan maklumbalas dan kemaskini seperti yang digambarkan di rajah berikut.

2022 06 09 15 33 02

Aliran Pengurusan Data di dalam Sistem Pengurusan Data
Geospatial Bersepadu JMG

 

Sistem Pengurusan Data Geospatial Bersepadu JMG ini menjadi platform bagi Jabatan untuk berfungsi sebagai bank data nasional bagi pengurusan semua maklumat geospatial mineral dan geosains negara. Hasil daripada itu, ianya menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan. Gambaran keseluruhan penyampaian perkhidmatan utama Jabatan adalah seperti rajah di bawah:

2022 06 09 15 34 13

Paparan Landskap Penyampaian Perkhidmatan JMG
(Organizational Landscape Map View)

 

MATLAMAT SISTEM PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL BERSEPADU JMG

Secara umumnya, pembangunan sistem pengurusan data geospatial bersepadu menepati lima (5) tindakan strategik yang telah dikenalpasti iaitu pembangunan sistem pengurusan data bersepadu, penyediaan medium tawar kepakaran, penyediaan sistem sokongan membuat keputusan, penyediaan medium perkongsian maklumat serta memperkukuh kapasiti organisasi dan peningkatan modal insan. Sistem pengurusan data geospatial bersepadu ini merangkumi keseluruhan aktiviti utama selaras dengan piagam pelanggan dan akta yang ditetapkan (Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 dan Akta Pembangunan Mineral 1994). Capaian data geospatial bersepadu dan berpusat secara atas talian memastikan matlamat perkongsian data Jabatan dilaksanakan dengan cekap dan teratur yang meliputi elemen seperti berikut:

2022 06 09 15 30 04

Sistem pengurusan data geospatial bersepadu ini menjadi platform yang menyokong keperluan perkongsian data dan penyampaian perkhidmatan Jabatan melalui pelbagai antaramuka meliputi aplikasi web, aplikasi mobil, portal dan teknologi termaju. Sistem ini akn menyokong keperluan pengguna di peringkat Jabatan, pemegang taruh, agensi lain, akademik, swasta dan orang awam dari dalam dan luar negara.


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input