PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 22 MAC 2024

WhatsApp Image 2024 03 25 at 12.48.37 PM

 

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 22 MAC 2024

Pada minggu berakhir 22 Mac 2024, nilai dagangan bagi hampir kesemua mineral berlogam dan mineral tenaga merekodkan prestasi negatif di antara 1.86% sehingga 4.65%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral logam nikel dengan harga dagangan sebanyak USD17,140.00 berbanding USD17,975.00 pada minggu sebelumnya. Penurunan harga ini diikuti dengan timah, arang batu dan tembaga dengan masing-masing diniagakan pada harga USD27,500.00, USD113.25 dan USD8,740.00. Bagi mineral logam aluminium, bijih besi dan emas pula mencatatkan kenaikan harga sebanyak 1.26%, 0.94% dan 0.38% untuk ditutup pada harga USD2,246.00, USD110.64 dan USD69.82.

Hampir kesemua harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 22 Mac 2024 menunjukkan prestasi negatif di antara 0.04% sehingga 0.98%. Penurunan harga tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Terbium untuk diniagakan pada harga USD746,440.00 berbanding USD753,790.00 pada minggu lepas. Hanya 4 mineral REO sahaja yang merekodkan peningkatan harga jualan iaitu Cerium, Neodymium-Praseodymium, Gadolinium dan Holmium dengan peratusan peningkatan sebanyak 4.24%, 2.26%, 2.12% dan 1.79%. Cerium mencatatkan peningkatan harga tertinggi untuk ditutup pada harga USD1,028.11 dengan perbezaan sebanyak USD41.85 berbanding minggu sebelumnya.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu USD4,056.11 berbanding USD3,987.32 dengan peratusan peningkatan sebanyak 1.73%.

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input