PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 24 JANUARI 2024

WhatsApp Image 2024 01 15 at 2.30.37 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 24 JANUARI 2024

Pada minggu berakhir 12 Januari 2024, pasaran mineral berlogam menunjukkan prestasi negatif bagi emas, aluminium dan tembaga di mana harga masing-masing menyusut sebanyak 0.03%, 1.81% dan 0.69% untuk ditutup pada USD66.09, USD2,175.00 dan USD8,288.00. Manakala timah dan nikel menunjukkan kenaikan harga sebanyak 0.72% dan 2.39% masing-masing untuk mencecah harga jualan USD24,325.00 dan USD16,070.00. Arang batu ditutup pada harga lebih rendah iaitu USD108.50 setelah mengalami penyusutan sebanyak 6.47%. Bijih besi juga mengalami nasib yang sama dan ditutup lebih rendah pada harga USD137.22 setelah merosot sebanyak 2.99% berbanding minggu sebelumnya.

Secara keseluruhannya, prestasi pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 12 Januari 2024 menunjukkan penurunan harga untuk semua jenis REO kecuali Europium yang kekal tidak berubah dan dijual pada harga yang sama seperti minggu lepas iaitu USD27,450.00. Pada minggu berakhir 12 Januari 2024, kesemua REO merekodkan penyusutan antara 0.03% sehingga 17.33%. Dyprosium menunjukkan penurunan paling banyak iaitu sebanyak 17.33% untuk ditutup pada harga USD272,340.00. Ini diikuti oleh Terbium dan Gadolinium yang masing-masing menyusut sebanyak 14.58% dan 8.29% untuk diniagakan pada harga USD805,770.00 dan USD24,208.30.

Pasaran kumpulan karbonat RE (REC) terus merosot dengan penyusutan 5.31% berbanding minggu sebelumnya untuk ditutup pada harga yang lebih rendah iaitu USD4,546.09.

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input