Program Pendidikan Risiko Bencana Geologi Sempena Memperingati Setahun Kejadian Bencana Geologi Aliran Puing Gunung Jerai

299959749 10167068399835422 5570741746737524053 n
 
YAN, KEDAH, 18 OGOS 2022- Semperna memperingati kejadian bencana geologi aliran puing Gunung Jerai yang menimpa penduduk daerah Yan pada 18 Ogos 2021. Satu Program Pendidikan Risiko Bencana Geologi telah dilasanakan dibawah kerjasama pintar JMG-UTM bertempat di Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan.
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah berkaitan bencana alam meliputi jenis-jenis bencana, tanda- tanda awal kejadian bencana dan langkah-langkah keselamatan serta persediaan kendiri menghadapi kejadian bencana. Seramai 100 orang pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 telah dilibatkan dalam program ini.
 
Program pendidikan risiko bencana ini merupakan kesinambungan dan lanjutan daripada Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Bersama komuniti Jerai Geopark yang telah dilaksanakan pada bulan Jun 2022 yang lalu melalui kerjasama JMG-UTM dalam Projek Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing di Titi Hayun, Yan.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input