Penyuntingan Laporan Teknikal Kumpulan Kerja Penyiasatan Bersama Geologi Sempadan Malaysia Thailand

malaysia thailand

5-7 Julai 2022 – Penyuntingan Laporan Teknikal Kumpulan Kerja Penyiasatan Bersama Geologi Sempadan Malaysia Thailand (Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Joint Report Editing) telah berlangsung secara maya. Program ini telah dihadiri oleh pegawai–pegawai dari JMG Malaysia dan Department of Mineral Resources Thailand (DMR). JMG diwakili oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG negeri Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan Sabah serta penasihat teknikal luar dari UM dan mantan Profesor Geologi UKM. Penyuntingan laporan teknikal ini telah dipengerusikan secara bersama oleh En. Mat Niza bin Abdul Rahman, Ketua Kumpulan Kerja Malaysia dan Dr. Doungrutai Saesaengseerung, Ketua Kumpulan Kerja Thailand. Tiga laporan teknikal telah disemak dan digabungkan, iaitu:

  1. Compilation of Geological Sites Potential for Geotourism along Malaysia-Thailand Border. Core person: Ms. Atilia binti Bashardin (Malaysian side) and Mr. Rath Jitrattana (Thai side).
  2. Stratigraphic Correlation and Fossil Assemblages between the Timah Tasoh Formation and Pa Samed Formation. Core person: Mr. Amir Mizwan bin Mohd Akhir (Malaysian side) and Dr. Doungrutai Saesaengseerung (Thai side).
  3. Case Study on Geohazards in Karst Areas. Core person: Mr. Muhammad bin Abdullah (Malaysian side) and Mr. Sakda Khundee (Thai side).

Laporan-laporan teknikal ini perlu disiapkan dan dikemukakan kepada the Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) semasa Mesyuarat MT-JGSC Ke-19 pada bulan Ogos yang akan datang.

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input