Lawatan Tapak Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Kawasan Bencana Geologi Aliran Puing, Baling, Kedah

291204460 10166953336340422 5929653791473535510 n
 
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan diiringi oleh Ketua Pengarah JMG serta beberapa agensi lain telah membuat tinjauan ke Pusat Pemindahan Sementara mangsa kejadian bencana geologi aliran puing di Baling, Kedah di samping menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana.
 
Satu lawatan ke tapak impak bencana geologi juga turut diadakan bagi meninjau keadaan bencana dan taklimat ringkas berkaitan operasi menyelamat mangsa bencana telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Baling.
 
YB Menteri KeTSA menyatakan bahawa JMG adalah jabatan yang berkepakaran dalam membuat membuat siasatan teknikal berkaitan bencana geologi tersebut. Siasatan oleh JMG akan dijalankan secepat mungkin.
 
Sumber: FB JMG

1000 Characters left


Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input