Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Pengumuman Terkini

Peperiksaan Pembedil (Teori) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2026

Dimaklumkan bahawa Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melalui Urusetia Panel Peperiksaan Pembedil (Teori), Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh akan menganjurkan tiga (3) siri Peperiksaan Pembedil (Teori) bagi tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

Bilangan Tarikh Hari
Bil. 1/2026 02 April 2026 Khamis
Bil. 2/2026 29 Julai 2026 Rabu
Bil. 3/2026 05 November 2026 Khamis
Peperiksaan ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia tertakluk kepada bilangan permohonan minimum yang diterima oleh Urusetia Peperiksaan Pembedil.

Peperiksaan ini merangkumi dua (2) kertas iaitu:

  • Kertas 1 - Objektif (9.00 pagi - 10.30 pagi)
  • Kertas 2 - Subjektif (11.00 pagi - 1.00 petang)

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan Borang JMGLK/TDA dan mematuhi syarat serta tatacara permohonan sebagaimana dinyatakan dalam Panduan Peperiksaan Pembedil Teori Tahun 2026.

Yuran peperiksaan yang dikenakan adalah sebanyak RM120.00. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama “Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal”.

Alamat Penghantaran Permohonan:

Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Teknikal
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Peti Surat 1015, Jalan Sultan Azlan Shah
30820 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
(u.p: Urusetia Peperiksaan Pembedil)

Borang permohonan lengkap berserta dokumen sokongan dan bayaran hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh peperiksaan.

Bersama hebahan ini turut disertakan:

  1. Borang Permohonan Peperiksaan Pembedil (Teori/Amali)
  2. Panduan Peperiksaan Pembedil Teori Tahun 2026

Orang awam yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.