Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Sesi Perbincangan bagi Penyediaan Dasar dan Garis Panduan untuk Pembangunan Industri Mineral di Sarawak

Sesi Perbincangan bagi Penyediaan Dasar dan Garis Panduan untuk Pembangunan Industri Mineral di Sarawak

Sesi perbincangan bersama Cawangan Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah diadakan pada 26 Jun 2025 (Khamis) di Ibu Pejabat JMG, Menara PjH, Putrajaya.

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil berikut:

  • Akademi Sains Malaysia (ASM);
  • Cawangan Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, diwakili oleh Timbalan Pengarah Cawangan serta pegawai teknikal berkaitan;
  • Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), Kerajaan Sarawak, sebagai penyelaras projek.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah seperti berikut:

  1. Pemahaman menyeluruh mengenai infrastruktur sistem pangkalan data JMG, merangkumi aspek penangkapan dan perolehan data, format dan perisian, kaedah penyimpanan, mekanisme capaian, keselamatan serta aspek teknikal lain yang berkaitan.
  2. Potensi serta kaedah perkongsian data dan peta spatial dalam kerangka kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
  3. Perancangan masa hadapan bagi proses penangkapan dan perolehan data dalam bentuk cetakan (hardcopy) serta inisiatif penambahbaikan sistem sedia ada.

Keseluruhan sesi telah berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama serta komitmen penuh daripada semua pihak terlibat.