25 Jun 2025, Putrajaya - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Sesi Libat Urus (SLU) berkenaan Rang Undang-Undang Survei Geologi dan Geosains (RUU SGG) telah dilaksanakan pada 25 Jun 2025 di Bilik Latihan Aras 1, Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.
SLU ini merupakan komponen penting dalam proses penggubalan RUU SGG bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 \[Akta 129]. Tujuan SLU adalah untuk:
Semua input yang telah diperolehi akan diringkaskan dan dimasukkan ke dalam draf RUU SGG sebelum dibentangkan kepada pihak Kabinet dan Sidang Parlimen. JMG komited meneruskan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan penggubalan perundangan berjalan secara terancang dan berkesan.