Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Kerjasama Sarawak-UBC Buka Lembaran Baharu Perlombongan Hijau

Kerjasama Sarawak-UBC Buka Lembaran Baharu Perlombongan Hijau
Syeed Mohd Hussein (tiga dari kiri) berjabat tangan dengan Dr. James Olson, Dekan Fakulti Sains Gunaan, UBC, selepas menandatangani Kenyataan Kerjasama. (Foto oleh sarawaktribune.com)

πŸ’‘ 5 Intipati Utama Kerjasama Centexs–UBC Perkukuh Perlombongan Hijau Sarawak

  1. Kerjasama strategik antara Centexs, kerajaan negeri dan UBC dimeterai bagi memperkukuh pembangunan industri mineral mampan di Sarawak.
  2. Inisiatif bersama merangkumi pensijilan profesional serta program pergolongan akademik pascasiswazah dalam bidang perlombongan dan geologi.
  3. Usaha penyelidikan memberi tumpuan kepada sumber mineral, inovasi perlombongan mampan dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  4. Bidang kolaborasi turut meliputi teknologi penderiaan jauh, satelit, dron, automasi pintar, robotik dan kecerdasan buatan hijau.
  5. Kerjasama ini mengukuhkan komitmen Sarawak untuk mempercepat peralihan kepada pembangunan mineral yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Kerjasama pelbagai pihak ini menandakan langkah maju dalam memperkukuh kapasiti teknikal dan penyelidikan bagi pembangunan mineral mampan, manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) terus memainkan peranan teras sebagai penyelaras teknikal, penasihat geologi serta rujukan profesional dalam memastikan pembangunan industri mineral negara dilaksana secara bertanggungjawab, selamat dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

*Ringkasan ini dijana secara automatik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai sebahagian daripada penerapan Elemen Emerging Technology mengikut Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2025: Pengurusan Portal/Laman Web Agensi Sektor Awam. Mungkin terdapat ketidaktepatan maklumat. Sila hubungi kami jika memerlukan pengesahan rasmi.*

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Sektor kuari dan perlombongan hijau Sarawak melakar satu pencapaian baharu susulan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri dengan University of British Columbia (UBC), Kanada.

Dalam kenyataan hari ini, Centexs menjelaskan satu Pernyataan Kerjasama telah dimeterai baru-baru ini oleh ketiga-tiga pihak di kampus UBC di Vancouver untuk memuktamadkan usaha sama bagi membina kapasiti dan menyokong pembangunan industri mineral mampan di Sarawak.

β€œInstitusi ini akan bekerjasama dalam beberapa bidang penting termasuk pensijilan profesional untuk program latihan perlombongan dan kuari pascaijazah, serta program peringkat sarjana muda dan pascasiswazah dalam perlombongan dan geologi.

β€œAda juga penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dalam sumber mineral, pembangunan mineral mampan dan pembinaan kapasiti tenaga kerja,” jelasnya.

Kerjasama itu juga merangkumi khidmat rundingan dalam teknologi satelit dan pesawat tanpa pemandu, penderiaan jauh, kecerdasan buatan hijau, robotik, automasi pintar dan pembangunan dasar bagi perlombongan serta kuari hijau.

Pihak-pihak terlibat turut membincangkan penjajaran keupayaan penyelidikan, program latihan dan keperluan industri.

Menurut Centexs kerjasama tersebut mengukuhkan komitmen negeri untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan mewujudkan kerangka institusi yang kukuh bagi perlombongan mampan.

Kerjasama itu tercetus susulan penglibatan awal yang diterajui oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Negeri, semasa lawatannya ke Bradshaw Research Institute for Minerals and Mining UBC pada Jun tahun lepas, tambah pusat itu.

Centexs memaklumkan lawatan terdahulu itu telah meletakkan asas untuk mempercepat peralihan Sarawak ke arah pembangunan sumber mineral yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

-- BERNAMA