Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

JMG Lengkapi Komuniti Setempat Kemahiran Elak Kesan Bencana Lebih Buruk

Modul latih penduduk kenal pasti awal risiko berlaku tanah runtuh

💡 5 Intipati Utama Latihan Komuniti Risiko Tanah Runtuh

  1. Pembangunan modul latihan komuniti oleh JMG memberi tumpuan kepada 31 lokasi panas bagi membantu penduduk mengenal pasti tanda awal melalui pendekatan berasaskan SRG dan DRM.
  2. Program ini memperkasakan penduduk setempat supaya mampu bertindak segera tanpa menunggu arahan rasmi, terutama di kawasan yang mempunyai komuniti berselerak atau lokasi sukar dicapai bantuan.
  3. Pemilihan lokasi latihan awal turut melibatkan sembilan kawasan Taman Eko Rimba yang beroperasi berhampiran zon berisiko dan sering mengalami kejadian berulang.
  4. Latihan turut melahirkan wakil komuniti yang berperanan sebagai penasihat amaran awal bagi memastikan pengesanan risiko lebih berkesan berbanding bergantung pada komunikasi pakar-ke-pakar semata-mata.
  5. JMG menjalankan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal serta mengoperasikan sistem real-time landslide early warning dan analitik data GeoSlide bagi mengesan pergerakan tanah secara serta-merta.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan komuniti melalui pembangunan modul latihan, pemantauan cerun kritikal secara berterusan serta penggunaan data analitik dan sistem amaran awal bagi menyokong pengurusan risiko bencana tanah runtuh negara.

*Ringkasan ini dijana secara automatik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Timah AI@JMG sebagai sebahagian daripada penerapan Elemen Emerging Technology mengikut Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2025: Pengurusan Portal/Laman Web Agensi Sektor Awam. Mungkin terdapat ketidaktepatan maklumat. Sila hubungi kami jika memerlukan pengesahan rasmi.*

Kuala Lumpur: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang membangunkan modul bagi melatih penduduk tempatan yang tinggal di 31 lokasi panas berisiko tanah runtuh seluruh negara untuk mengenal pasti tanda awal dan mengambil tindakan awal jika berlaku bencana tanah runtuh.

Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli, berkata ia sebahagian daripada Sains Risiko Bencana Geologi (SRG) dan Data Bencana (DRM) yang berteraskan community-based preparedness, membolehkan penduduk menjadi barisan pertama mengesan tanda awal bencana.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi seperti Gunung Jerai, Baling, Ulu Grik, Cameron Highlands, Jalan Tapah–Cameron Highlands, Kuala Kubu Baru, Sungai Buloh, Genting Peras, Bukit Antarabangsa, Jalan Seremban–Simpang Pertang; Seremban; Jalan Rembau–Johol; Bukit Katil; Gunung Pulai; Temerloh; Kuala Lipis; Jalan Lojing–Gua Musang; Felda Aring–Kenyir–Kuala Berang; Tanah Merah; Marang; Dungun; Kota Kinabalu; Kundasang; Sandakan; Miri; Kapit dan Bau.

Buat permulaan, modul itu diberi kepada kawasan berlakunya bencana tanah runtuh berulang, selain sembilan lokasi Taman Eko Rimba (TER) yang beroperasi berhampiran kawasan berisiko.

“Modul ini dijangka dilengkapkan hujung tahun depan. Ia merangkumi TER Chemerong, Air Menderu, Kenaboi, Jeram Toi, Lubuk Yu, Batu Maloi, Lasir, Tasik Kenyir, Sg. Lalang dan Taman Payung.

“Jika paras mencapai tanda amaran, itu tanda penduduk perlu berpindah. Maknanya mereka boleh bertindak sendiri tanpa menunggu arahan dan ini amat penting, terutama di kawasan yang mempunyai komuniti berselerak atau kawasan tanah runtuh yang sukar disentuh bantuan tiba.

“Dengan itu, wakil komuniti juga dilatih melihat hal-hal berkaitan di kawasan tertentu terutama lokasi berisiko itu. Ini dapat mengurangkan impak bencana buruk,” katanya.

Wakil komuniti jadi penasihat amaran awal

Zamri berkata, wakil komuniti bukan sahaja menjadi mata dan telinga untuk memberi amaran awal, tetapi untuk memastikan kekuatan mereka berbeza.

“Zaman untuk pakar bercakap dengan pakar sudah berlalu, sekarang kita hendak memperkasakan komuniti. Pendekatan baharu dengan melatih komuniti sendiri lebih berkesan dalam mencegah bencana,” katanya.

Selain itu, Zamri memaklumkan JMG menjalankan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal seluruh negara, di mana 95 lokasi diklasifikasikan sebagai “bahaya tinggi”.

“Kita ada sistem real-time landslide early warning system di beberapa lokasi yang dipasang sensor cerun. Sistem ini berfungsi mengesan pergerakan tanah secara serta-merta dan menghantar pengesanan awal kepada pengguna,” katanya.

Beliau turut menyebut penggunaan Big Data Analytics (BDA) bagi JMG melalui Pengurusan Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara yang dinamakan GeoSlide.

Senarai 31 Lokasi Berisiko Tanah Runtuh

Kedah

  • Gunung Jerai
  • Baling
  • Lebuhraya Timur–Barat

Pulau Pinang

  • Tanjung Bungah
  • Paya Terubong

Perak

  • Ipoh
  • Jalan Tapah–Cameron Highlands

Selangor

  • Kuala Kubu Baru
  • Sungai Buloh
  • Genting Peras

Kuala Lumpur

  • Bukit Antarabangsa

Negeri Sembilan

  • Jalan Seremban–Simpang Pertang
  • Seremban
  • Jalan Rembau–Johol

Melaka

  • Bukit Katil

Johor

  • Gunung Pulai

Pahang

  • Cameron Highlands
  • Jalan Kuala Kubu–Raub
  • Lebuhraya Karak
  • Temerloh
  • Kuala Lipis

Kelantan

  • Jalan Lojing–Gua Musang
  • Tanah Merah

Terengganu

  • Felda Aring–Kenyir–Kuala Berang
  • Marang
  • Dungun

Sabah

  • Kota Kinabalu
  • Sandakan
  • Kundasang

Sarawak

  • Miri
  • Kapit
  • Bau