Page 60 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 60
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
4.6 Syor Dan Perakuan Urus Setia Perolehan
4.6.1 Urus Setia Perolehan hendaklah menyediakan Kertas Taklimat Sebut Harga/
Tender/eBidding yang merangkumi laporan-laporan penilaian teknikal dan
kewangan dan membuat syor kepada Pihak Berkuasa Melulus.
4.6.2 Urus Setia JPP hendaklah menyediakan Kertas Perakuan kepada Pihak Berkuasa
Melulus yang merangkumi laporan penilaian perunding dan syor bagi Lantikan
Terus Berserta Kos Siling/Tender Terhad/Tender Terbuka.
4.6.3 Perakuan dan syor hendaklah berdasarkan tawaran yang terbaik dari segi
teknikal, harga dan kualiti mengikut keperluan Agensi dan hendaklah mengambil
kira prinsip-prinsip perolehan dan dasar-dasar semasa Kerajaan.
4.7 Kelulusan Pelantikan
Kertas Taklimat Sebut Harga/Tender, Laporan Bidaan bagi eBidding dan Laporan
Penilaian JPP bagi Perkhidmatan Perunding hendaklah dibentangkan kepada Pihak
Berkuasa Melulus untuk pertimbangan dan kelulusan pelantikan syarikat.
50