Page 58 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 58
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
Nilai Perolehan Pihak Bertanggungjawab
Melebihi RM50,000 hingga Jawatankuasa Sebut Harga
RM500,000
Melebihi RM500,000 Lembaga Perolehan
4.4.4 Kriteria penilaian Pra Kelayakan secara eBidding adalah seperti berikut:
(a) Tawaran harga awal pembekal hendaklah dalam lingkungan nilai peratusan yang
dianggarkan oleh Kementerian/ Agensi/ Jabatan daripada anggaran Harga
Jabatan;
(b) Pematuhan spesifikasi mandatori;
(c) Pengalaman minimum di dalam skop bidang bekalan/perkhidmatan ICT;
(d) Keperluan minimum kakitangan teknikal atau jawatan-jawatan lain yang
berkaitan; dan
(e) Lain-lain yang berkaitan.
4.4.5 Perincian proses penilaian Pra Kelayakan secara eBidding adalah berdasarkan SPP
yang berkuat kuasa.
4.5 Penilaian Perunding Bagi Perolehan Perkhidmatan Perunding ICT
4.5.1 Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) hendaklah terdiri daripada sekurang-
kurangnya empat (4) orang ahli tetap daripada Kumpulan Pengurusan dan
Profesional seperti berikut:
(a) Ketua/Wakil Ketua Agensi Pelaksana - Pengerusi
(b) Sekurang-kurangnya tiga (3) Ahli Kumpulan Pengurusan dan Profesional
daripada kategori berikut:
(i) Seorang atau lebih pegawai yang berkelayakan daripada Agensi Pelaksana/
Agensi lain; dan
(ii) Seorang atau lebih pegawai agensi daripada Bahagian yang menguruskan
perolehan perunding berkenaan.
(iii) Wakil MAMPU, JPM (Skim Perkhidmatan F).
48