Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Pengumuman Terkini

Promosi dan Publisiti Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026)

Sebagai usaha untuk mempergiatkan promosi dan publisiti Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sekaligus membantu memastikan kejayaan kempen VM2026 yang merupakan agenda nasional negara ini, berikut disertakan bahan-bahan hebahan dan promosi berkaitan VM2026 untuk tindakan semua pihak.
 
Sehubungan itu, antara perkara-perkara yang dimohon oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah seperti  berikut:
 
  • Membudayakan penggunaan Logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang telah dilancarkan oleh YAB PM di dalam surat rasmi Kerajaan. Tatacara posisi logo adalah seperti contoh di lampiran. Penggunaan logo ini adalah sebagai salah satu inisiatif dalam usaha mempromosikan serta memberi pendedahan dan kesedaran kepada pihak umum berkenaan kempen VM2026 ini;
  • Memainkan bahan promosi VM2026 di pelbagai medium hebahan di bawah seliaan YBhg. Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan. Penggunaan medium seperti Digital TV, Monitor, Billboard, Ruang Legar Lobi, Media Sosial dan Laman Web bagi memaparkan video, lagu, serta logo VM2026 sepanjang tahun 2025 dan 2026; dan
  • Menggunakan atau memaparkan logo VM2026 di setiap program/acara yang dilaksanakan oleh Jabatan.
Sebarang maklumat lanjut, pihak YBhg. Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan, boleh menghubungi Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan  dalam menyokong inisiatif ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.