Sukacita dimaklumkan bahawa surat YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 23 Julai 2025 (rujukan JPA.100-1/4/2 (40)) mengenai tanggungjawab utama pegawai awam di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] telah diedarkan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan.
Mohon YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan tersebut di peringkat jabatan atau agensi masing-masing.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai.