Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Pengumuman Terkini

Lokasi Hotspot Tanah Runtuh di Malaysia

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenal pasti 31 lokasi hotspot tanah runtuh di seluruh negara.

Hotspot tanah runtuh ialah kawasan yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kejadian bencana geologi, khususnya tanah runtuh, runtuhan cerun dan kegagalan cerun.

Sepanjang Musim Monsun Timur Laut (MTL), JMG meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan melakukan pemantauan rapi di semua kawasan hotspot bagi memastikan tindakan segera dapat diambil apabila diperlukan.

Peringatan Keselamatan

Jika anda berada berhampiran kawasan hotspot:

  • Peka terhadap perubahan cuaca.
  • Perhatikan tanda awal kegagalan cerun (retakan tanah, aliran air keruh, pokok senget, bunyi retakan).
  • Elakkan melalui laluan cerun curam ketika hujan lebat.
  • Laporkan segera kepada pihak berkuasa.