Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Pengumuman Terkini

Amaran Keselamatan Tanah Runtuh Sempena Monsun Timur Laut 2025/2026

Amaran Keselamatan Tanah Runtuh Sempena Monsun Timur Laut 2025/2026
Infografik ini menunjukkan tanda-tanda awal tanah runtuh yang perlu diperhatikan di kawasan cerun, termasuk rekahan, aliran air luar biasa, struktur condong dan pergerakan tanah. Ia berfungsi sebagai panduan cepat untuk membantu orang awam mengenal pasti risiko awal dan mengambil tindakan keselamatan yang sewajarnya.

Menurut METMalaysia, Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bermula 13 November 2025 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026, dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Hujan lebat berterusan mampu meningkatkan:

  • Ketepuan air dalam tanah,
  • Hakisan pada cerun,
  • Kelemahan struktur tanah dan batuan,
  • serta pergerakan tanah yang boleh mencetuskan runtuhan.

Sehubungan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menasihatkan orang awam agar sentiasa peka dan mengenal pasti tanda-tanda awal tanah runtuh, seperti yang dipaparkan dalam infografik di atas. Antaranya termasuklah:

  • rekahan baharu pada cerun atau tanah,
  • air bertakung di kaki cerun,
  • struktur seperti tembok, pagar atau tiang utiliti yang condong,
  • pergerakan tanah, mendapan atau bongkah batuan yang kelihatan longgar,
  • kerosakan sistem saliran dan longkang tersumbat.

Jika mana-mana tanda ini dikesan, sila:

  1. Segera menjauhkan diri daripada kawasan berisiko,
  2. Memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi keselamatan,
  3. Mengutamakan keselamatan ketika hujan lebat atau selepas hujan berterusan.

Selain melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi keselamatan, orang awam juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melalui Aduan Bencana Geologi MyGEMS atau menghubungi Pegawai Bertanggungjawab (PIC) JMG di negeri masing-masing untuk tindakan kepakaran segera berkaitan kejadian tanah runtuh.

JMG akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi pemantauan kawasan berisiko dan memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara sepanjang musim Monsun Timur Laut ini.