Malaysia MADANI
RE Oxide: Cerium USD 1,923.99/MT ▲ 3.09%RE Oxide: Dysprosium USD 172,250.00/MT ▼ -0.82%RE Oxide: Neodymium USD 108,549.23/MT ▼ -1.46%Metal: Aluminium USD 3,635.00/MT ▲ 2.09%Metal: Copper USD 13,553.50/MT ▲ 0.81%Metal: Tin USD 52,900.00/MT ▼ -1.87%RE Carbonate USD 7,793.44/MT ▼ -2.06%Energy Mineral: Coal USD 109.00/MT ▲ 1.77%Ore: Iron USD 110.77/MT ▼ -0.14%
Mengenai Kami

Mengenai JMG

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan agensi teknikal yang menyokong pembangunan mineral dan geosains negara melalui maklumat, kawal selia, perkhidmatan kepakaran, penyelidikan serta penyebaran data rasmi untuk manfaat rakyat, industri dan negara.

Profil Korporat

Peranan Jabatan

JMG melaksanakan tugas teknikal berkaitan mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian. Peranan ini merangkumi eksplorasi mineral, penyiasatan geosains, pengurusan maklumat, perkhidmatan makmal, nasihat teknikal, penyelidikan serta kerjasama strategik dalam dan luar negara.

Sebagai agensi teknikal negara, JMG menyediakan maklumat, perkhidmatan kepakaran dan kawal selia berkaitan mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian. Halaman ini membantu pengguna memahami peranan jabatan, hala tuju perkhidmatan, fungsi utama serta nilai kerja yang mendasari penyampaian perkhidmatan JMG.

Warisan Institusi

Sejarah dan Evolusi JMG

Telusuri penyatuan kepakaran Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian sehingga terbentuknya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

01

Kronologi institusi

02

Evolusi Ketua Pengarah / Ketua Jabatan

Visi

Peneraju Transformasi Pembangunan Mineral dan Geosains Negara

Misi

Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara dan kualiti hidup serta kemakmuran negara melalui penggunaan maklumat, kawal seliaan, perkhidmatan berkepakaran tinggi serta penyelidikan berinovasi berkaitan mineral dan geosains yang sistematik dan efektif.

Objektif

Fokus penyampaian JMG

Objektif JMG memberi tumpuan kepada penyediaan maklumat mineral, penggunaan maklumat geosains, pengurusan sumber yang teratur, inovasi berasaskan mineral dan perkhidmatan kepakaran teknikal.

01

Maklumat mineral

Menyediakan maklumat komoditi mineral untuk menyokong pertumbuhan industri berasaskan mineral.

02

Maklumat geosains

Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan mampan.

03

Sumber mineral

Memastikan pengusahaan sumber mineral dilaksanakan secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam.

04

R&D&C&I mineral

Menggalakkan kepelbagaian penggunaan sumber mineral tempatan melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.

05

Kepakaran teknikal

Menyediakan perkhidmatan kepakaran mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Fungsi

Fungsi utama jabatan

Fungsi utama JMG merangkumi eksplorasi, penyiasatan geosains, analisis makmal, pengurusan data nasional, khidmat nasihat teknikal, kerjasama industri, penguatkuasaan dan inovasi.

Eksplorasi mineralMelaksanakan dan mengendalikan eksplorasi mineral secara sistematik.
Penyiasatan geosainsMeliputi pemetaan geologi, air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi marin, geofizik dan bidang berkaitan.
Analisis makmalMenawarkan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan serta mineral.
Bank data nasionalBertindak sebagai repositori maklumat geosains dan sumber mineral negara.
Penyebaran maklumatMengumpul, menganalisis dan menyebarkan data berkaitan eksplorasi mineral, perlombongan dan aktiviti berkaitan.
Nasihat teknikalMenyediakan nasihat teknikal dan kepakaran dalam mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian.
Kerjasama industriMembantu dan bekerjasama dengan pihak swasta serta industri bagi membangunkan sektor mineral.
Keselamatan aktiviti mineralMemastikan aktiviti perlombongan dan aktiviti berkaitan dijalankan secara selamat, cekap dan sistematik.
Dasar dan penguatkuasaanMelaksanakan dasar dan arahan kerajaan serta mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan.
Penyelidikan dan inovasiMelaksanakan R&D&C&I, pemindahan teknologi, pembangunan sumber mineral dan promosi hasil penyelidikan untuk kegunaan industri.
Kualiti dan Nilai

Dasar kualiti dan nilai bersama JMG

Budaya kerja JMG diperkukuh melalui dasar kualiti dan nilai bersama STEP yang menekankan integriti, kerja berpasukan, kecemerlangan serta profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.

Dasar kualiti

  • Melaksanakan sistem kualiti berdasarkan keperluan MS ISO 9002.
  • Memastikan produk dan perkhidmatan disampaikan tepat pada masanya.
  • Melaksanakan peningkatan kualiti secara berterusan.
  • Membina pasukan kerja yang kuat, responsif dan beretika.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan.

Nilai bersama STEP

Nilai bersama JMG dihimpunkan dalam empat teras utama: Spiritual, Teamwork, Excellence dan Professionalism. Setiap teras menerangkan amalan kerja dan sikap yang membentuk budaya organisasi JMG.

S Spiritual T Teamwork E Excellence P Professionalism
S

Spiritual

Nilai-nilai murni

  • Bersih, cekap dan berintegriti
  • Sabar, ikhlas dan berhemah
  • Adil dan bijaksana
  • Pekerti mulia
  • Hidup sederhana dan bersyukur
T

Teamwork

Kerja berpasukan

  • Bertindak Menuju Satu Visi
  • Kepimpinan yang mantap dan telus
  • Bersemangat cintakan organisasi
E

Excellence

Kecemerlangan

  • Berwawasan
  • Berbudaya ilmu
  • Mengutamakan kualiti
  • Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
  • Memupuk suasana kerja yang harmoni
P

Professionalism

Profesionalisme

  • Bertindak berdasarkan fakta
  • Proaktif, inovatif dan berdaya saing
  • Komited, berdisiplin dan berdedikasi
  • Berwibawa dan berakauntabiliti
  • Setia
Piagam Pelanggan

Komitmen perkhidmatan JMG

Maklumat Mineral dan Geosains

  • Membekalkan laporan geologi (termasuk peta), mineral dan bidang-bidang geosains lain yang telah diterbitkan dan sedia ada, dalam masa satu (1) hari selepas permohonan diterima.
  • Membekalkan laporan dan peta geologi, mineral dan bidang-bidang geosains lain yang belum diterbitkan dan sedia ada, dalam masa satu (1) minggu selepas permohonan diterima.
  • Membekalkan maklumat berdigit sedia ada dalam masa tiga (3) hari selepas permohonan diterima.

Perkhidmatan Makmal

Menyediakan perkhidmatan makmal apabila diminta bagi bidang berikut:

  • Analisis mineralogi dan petrologi
  • Analisis sampel bijih, mineral, aloi, batuan, kelodak, konsentrat, tanih dan air
  • Ujian mineral perindustrian
  • Ujian sedimentologi
  • Ujian geologi kejuruteraan dalam tempoh yang dipersetujui, sekiranya mandatori, atau jika rutin, dalam tempoh dua (2) minggu selepas sampel diterima

Perkhidmatan Kepakaran

Menyediakan perkhidmatan kepakaran apabila diminta dalam rangka masa yang ditetapkan atau dipersetujui bersama dengan pelanggan, terutamanya bagi bidang-bidang:

  • Pemetaan geologi
  • Siasatan mineral
  • Siasatan air bawah tanah
  • Siasatan geofizik
  • Geologi Marin
  • Siasatan geologi kejuruteraan
  • Siasatan geologi alam sekitar

Perkhidmatan Perlombongan dan Pengkuarian

  • Mengeluarkan Lesen Melombong atau Lesen Kuari dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Menyediakan laporan-laporan teknikal yang tepat dan lengkap berkaitan dengan kepentingan perlombongan, dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

Perkhidmatan Dagangan Mineral

  • Memberi ulasan ke atas permohonan untuk mengeksport mineral dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan permohonan yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
  • Mengeluarkan Lesen Bijih Mineral dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan dan membaharukan permit pengangkutan konsentrat timah dalam tempoh satu (1) jam.
Maklumat lanjut

Teruskan kepada maklumat korporat