Malaysia MADANI
Keselamatan Siber JMG

Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber JMG (CSIRT JMG)

CSIRT JMG menerima laporan, menyelaras tindakan dan membantu pengurusan insiden keselamatan siber yang melibatkan sistem, akaun, laman web, aplikasi dan perkhidmatan digital JMG.

Bila perlu melapor

  • E-mel mencurigakan atau cubaan phishing.
  • Akaun dipercayai telah diceroboh.
  • Akses tidak sah kepada sistem, akaun atau maklumat.
  • Laman web atau sistem diubah tanpa kebenaran.
  • Jangkitan malware atau ransomware.
  • Kebocoran data atau maklumat.
  • Gangguan sistem yang disyaki berpunca daripada insiden keselamatan.

Maklumat yang perlu disertakan

  • Tarikh dan masa kejadian.
  • Nama sistem atau aplikasi yang terlibat.
  • Ringkasan kejadian dan kesan yang diperhatikan.
  • Tangkap layar atau bukti berkaitan, jika ada.
  • Nama dan maklumat untuk dihubungi bagi tindakan susulan.
Pelaporan insiden

Saluran laporan

Hantar laporan melalui saluran rasmi berikut supaya maklumat awal dapat disemak dan tindakan susulan dapat diselaraskan.