Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analisis dan teknologi digital;

Puan Siti Aminah Binti Abdul Sarif
Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral)
Bidang Tugas Ketua Pegawai Digital
Tanggungjawab utama Chief Digital Officer (CDO) ialah menentukan strategi dan melaksanakan inisiatif ICT bagi mencapai Visi dan Objektif Pembangunan dan Penggunaan ICT JMG.
Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
Mentransformasi penyampaian digital di kementerian/agensi berfokuskan pengelaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
- Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.

