Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Projek di kawasan berisiko perlu penilaian berkala

Projek di kawasan berisiko perlu penilaian berkala
Sumber Foto BERNAMA

Setiap projek pembangunan sama ada yang baharu, dalam peringkat pembinaan atau sedia ada, khususnya di kawasan berisiko tinggi disaran melaksanakan pertambahan prosedur operasi standard (SOP) dengan memasukkan elemen penilaian persekitaran struktur tanah secara berkala.

Langkah itu penting bagi memastikan pemantauan berterusan terhadap keadaan geologi semasa dalam tanah yang sukar dikesan dengan mata kasar, sekali gus mengelakkan risiko terjadinya kejadian bencana yang boleh mengancam nyawa.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Rusli Mohamed, berkata biasanya penilaian struktur tanah dilaksanakan hanya pada fasa awal atau permulaan sesebuah projek pembangunan.

Namun, selepas projek siap sepenuhnya, penilaian terhadap keadaan semasa tanah kurang diambil perhatian.

“Ini penting untuk dilaksanakan, bukan hanya buat (analisis) masa pembangunan awal, tetapi keadaan atau struktur tanah selepas pembangunan (dilaksanakan) juga perlu diambil kira.

“Kita tidak nampak dengan mata kasar apa yang sedang berlaku di bahagian bawah tanah terutama di tempat berlaku pengumpulan air secara setempat yang mempercepatkan lagi proses perubahan struktur tanah,” katanya kepada BH.

Rusli turut berkata, sepatutnya penilaian ke atas struktur tanah perlu dibuat secara berkala, contohnya setahun sekali bergantung kepada keadaan geologi jajaran projek pembangunan.

“Misalnya, di kawasan pembangunan yang bercerun, pemantauan lebih kerap perlu dilaksanakan kerana risiko (berlaku bencana) lebih tinggi,” katanya.

Beliau turut memberikan reaksi positif susulan tindakan PETRONAS yang sudah mengambil tindakan untuk mengenalpasti kawasan paip gas bawah tanah yang berisiko bagi mengelak insiden letupan di Putra Heights berulang.

Perlu disemak semula

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Hazrina Mansor, berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri susulan hasil siasatan letupan itu perlu meneliti beberapa elemen penting bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Satu daripadanya ialah meneliti SOP bagi melakukan kerja penggalian bawah tanah bagi mana-mana projek pembangunan.

“Penguatkuasaan berkaitan kerja penggalian bawah tanah perlu disemak semula... ini kerana kadang kala kontraktor kurang mengambil perhatian mengenainya.

“Ia seharusnya dibuat mengikut prosedur yang betul, misalnya mengenal pasti lokasi, dapatkan kebenaran dan daripada situ akan ada pegawai yang beri kebenaran sama ada tempat itu boleh digali atau tidak.

“Begitu juga daripada aspek pembinaan kawasan perumahan berdekatan kawasan paip gas, ini sememangnya lebih berisiko. Namun, (sebelum ini) pihak pembeli mungkin tak diberitahu, jadi perlu kepada peranan pemaju untuk maklumkan mengenainya...sebab ini soal keselamatan,” katanya.

Tambahnya, jawatankuasa terbabit juga diminta membuat siasatan lebih mendalam terhadap faktor geologi tanah di lokasi insiden terbabit.