Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Portal Rasmi)

Dasar Privasi

Dasar Privasi

splwpk-online-e-participation splwpk-procurement splwpk-publicising splwpk-electronic-archive splwpk-online-services Laporan Tahunan JMG 2023 (PDF)
W3C Accessibility
splwpk-sitemap
Multi-language support (BM/EN)
MyHRMIS Mobile splwpk-broadcast splwpk-about-us splwpk-news splwpk-faq splwpk-client-charter splwpk-contact-details
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Negeri Sembilan bersedia mulakan perlombongan REE

Negeri Sembilan bersedia mulakan perlombongan REE
AMINUDDIN Harun ketika beramah mesra dengan pelajar cemerlang sempena Majlis Anugerah Kebitaraan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Negeri Sembilan, di Seremban hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH

Negeri Sembilan kini bersedia memulakan perlombongan unsur nadir bumi (REE) setelah kajian mengenainya selesai dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, buat masa ini, pihaknya sudah pun meluluskan dua kawasan berkeluasan lebih 400 hektar untuk tujuan eksplorasi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.

“Saya sudah umumkan dalam tempoh hari bahawa kita telah buat kajian dan sekarang masih diteruskan oleh dua syarikat (tempatan). Kita akan mulakan perlombongan tersebut dalam masa terdekat ini sekiranya syarikat ini sudah selesai kajian tersebut.

“Teknologi yang sama akan digunakan oleh syarikat tempatan, namun isunya adalah pemprosesan itu menggunakan teknologi dari negara China dan perlombongan akan dimulakan sekiranya isu ini selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kebitaraan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan walaupun mempunyai 16 juta tan nadir bumi jenis ion adsorption clay (IAC) rendah radioaktif yang boleh men­jadi sumber ekonomi baharu bernilai RM800 bilion, Malaysia tiada teknologi untuk mempro­ses REE itu.

Perkara itu didedahkan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pe­ngajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim.

Ketiadaan teknologi yang dikatakan eksklusif milik China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) itu menjadi cabaran utama negara untuk membina kilang teknologi pembuatan supermagnet, bateri dan lain-lain sekali gus menyukarkan penjanaan pendapatan ratusan bilion ringgit itu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) tambahan yang menjadi panduan kepada langkah keselamatan selain SOP ditetapkan di peringkat Persekutuan dalam memastikan kelancaran proses perlombongan REE terbabit.

Sementara itu, Aminuddin berkata, dalam memastikan pendidikan Negeri Sembilan terus berada pada tahap terbaik, bermula tahun ini, Yayasan Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan tujuh program dalam memantapkan mata pelajaran elektif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dapat melonjakkan Gred Purata Negeri dalam SPM kelak.