Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Majlis Penyerahan Dana Penyelidikan bagi Projek Penghasilan Magnesium Oksida (MgO) daripada Dolomit Tempatan

Majlis Penyerahan Dana Penyelidikan bagi Projek Penghasilan Magnesium Oksida (MgO) daripada Dolomit Tempatan

Dana ini akan digunakan bagi melaksanakan simulasi proses pengekstrakan Magnesium Oksida (MgO) secara menyeluruh, bertujuan menilai prestasi teknikal, kecekapan pemprosesan serta kebolehlaksanaan untuk pembangunan pada skala yang lebih besar.

Kajian ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama, antaranya:
• Pengoptimuman parameter operasi proses
• Pencapaian kualiti produk MgO berketulenan tinggi (>99%)
• Analisis penggunaan tenaga dan kos pengeluaran
• Penilaian impak terhadap alam sekitar

Hasil kajian simulasi ini dijangka menjadi asas penting dalam persediaan pembangunan loji perintis serta membuka peluang ke arah pemindahan teknologi, pelaburan industri dan pembangunan ekosistem mineral bersepadu di Malaysia.

Inisiatif ini juga selari dengan usaha memperkukuh nilai tambah sumber mineral tempatan serta menyokong pembangunan industri berasaskan mineral yang lebih mampan di Malaysia.

Kami yakin bahawa dengan sokongan dasar dan kerjasama strategik bersama pihak kementerian, MASMAG™ boleh berkembang daripada satu inovasi makmal kepada produk kebanggaan negara, yang memberi manfaat kepada industri, ekonomi dan rakyat Malaysia secara mampan.

Pusat Penyelidikan Mineral merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tuan Howard Lee atas sokongan yang diberikan terhadap usaha penyelidikan dan inovasi dalam sektor mineral negara.

Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.