Page 14 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 14
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
1.4.7 Akta Rahsia Rasmi Atau Tapisan Keselamatan
(a) Bagi perolehan yang memerlukan syarikat/perunding mendapat akses kepada
data/maklumat/premis Kerajaan atau kawasan-kawasan sensitif/terperingkat,
Agensi hendaklah melaksanakan tapisan keselamatan dan memastikan kakitangan
syarikat yang terlibat di dalam projek Kerajaan menandatangani Borang
Perakuan Untuk Ditandatangani Oleh Penjawat Awam/Syarikat Berkenaan
Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] seperti di Lampiran 1A bagi
memelihara keselamatan data/ maklumat/premis Kerajaan.
(b) Agensi juga hendaklah memastikan syarikat/perunding mematuhi Malaysian
Public Sector Management Of ICT Security Handbook (MyMIS) yang dikeluarkan
oleh MAMPU, JPM.
(c) Agensi hendaklah memastikan capaian kepada maklumat/data terperingkat bagi
tujuan pelaksanaan projek hanya dibenarkan kepada pegawai dalaman Agensi
yang diberi tanggungjawab untuk menjamin keselamatan dan mengelak
kebocoran maklumat/data.
1.4.8 Pekeliling, Garis Panduan, Peraturan Dan Dokumen Mengenai
Pembangunan, Pengurusan Dan Perolehan ICT Sektor Awam Yang
Berkaitan
(a) Agensi boleh menggunakan Pekeliling, Garis Panduan, Peraturan dan dokumen
mengenai pembangunan, pengurusan dan perolehan ICT sektor awam yang
masih berkuat kuasa seperti di Lampiran 1B sebagai rujukan dan panduan
untuk melaksanakan perolehan ICT.
(b) Senarai tersebut adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan dari semasa ke
semasa.
1.5 Integrity Pact
1.5.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mencegah rasuah dalam perolehan
Kerajaan, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Surat Pekeliling
Perbendaharaan (SPP) yang menghendaki semua Agensi memasukkan peringatan
mengenai kesalahan rasuah dalam Arahan Kepada Syarikat dan Klausa
Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan ke dalam teks perjanjian
berkaitan kontrak perolehan Kerajaan.
1.5.2 Bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam
perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan memutuskan supaya Integrity Pact
juga dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan. Sehubungan itu, semua Agensi
dikehendaki melaksanakan Integrity Pact dalam perolehan masing-masing selaras
dengan SPP yang berkuat kuasa.
4