Page 29 - Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam
P. 29

agensi  pusat  yang  meluluskan  peruntukan  kewangan

                              Persekutuan sebelum dikemukakan kepada JTISA.



                     10.3  Permohonan  perolehan  projek  ICT  bagi  agensi  di  bawah

                              Jabatan  Perdana  Menteri  (JPM)  hendaklah  mendapat

                              kelulusan  JPICT  di  peringkat  agensi  masing-masing  dan

                              kelulusan      peruntukan        daripada      agensi      pusat      yang

                              meluluskan  peruntukan  kewangan  Persekutuan  sebelum

                              dikemukakan kepada JTISA.



                     10.4  Perolehan  Projek  ICT  di  peringkat  Negeri  perlu  mendapat

                              kelulusan  JPICT  Pejabat  SUK  Negeri  dan  kelulusan

                              peruntukan  daripada  agensi  pusat  yang  meluluskan

                              peruntukan  kewangan  Persekutuan  sebelum  dikemukakan

                              kepada  JTISA.  Badan  Berkanun  Negeri  serta  Pihak

                              Berkuasa  Tempatan  pula  hendaklah  melaporkan  perolehan

                              ICT masing-masing kepada JPICT Pejabat SUK Negeri atau

                              setara  dengannya  di  Pejabat  SUK  Negeri  untuk  tujuan

                              penyelarasan perolehan.



                     10.5  Bagi  projek  ICT  PFI/PPP  di  bawah  Unit  Kerjasama  Awam

                              Swasta (UKAS), JPM, permohonan hendaklah dikemukakan


                              kepada JTISA selepas pelaksanaan Pengurusan Nilai [Value
                              Management (VM)].



                     10.6  Format  kertas  cadangan  serta  templat  slaid  pembentangan


                              boleh  dirujuk  dan  dimuat  turun  dari  laman  sesawang
                              http://www.mampu.gov.my  dan  melalui  Sistem  Aplikasi


                              PROFIT.


                                                           14
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34