Pengumuman
A- A A+

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2017, Sijil Juruletup yang dikeluarkan oleh PDRM dan Sijil Pembedil yang dikeluarkan oleh JMG akan digabungkan menjadi Lesen Pembedil.

Lesen Pembedil diperlukan untuk tujuan pembelian, pengangkutan, penyimpanan dan penggunaan bahan letupan tertakluk kepada, mengikut mana-mana yang berkenaan, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Kaedah-Kaedah Kuari Negeri bagi tujuan aktiviti-aktiviti peletupan dalam industri pembinaan, perlombongan atau pengkuarian.

Sehubungan itu, semua pemegang Sijil Juruletup atau Sijil Pembedil yang sah laku diberi tempoh sehingga 31 Mac 2017 untuk menukar sijil sedia ada kepada Lesen Pembedil. Penukaran kepada Lesen Pembedil boleh dibuat di JMG lbu Pejabat atau mana-mana pejabat JMG Negeri.

Alamat JMG lbu Pejabat atau pejabat JMG Negeri adalah seperti di Lampiran A atau boleh diperolehi daripada laman sesawang jmg.gov.my.

Kegagalan pemegang sijil sedia ada menukar kepada Lesen Pembedil akan mengakibatkan kelayakan sebagai juruletup atau pembedil boleh dibatalkan dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti peletupan.

Kenyataan bersama ini dikeluarkan oleh PDRM dan JMG pada 28.12.16.

Hebahan Kenyataan Sijil Pembedil

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.